• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

oleh Mynewshub
06/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring dengan pertumbuhan pendapatan rakyat.

Menurut beliau, hasil tinjauan di sebuah pasar di Kota Kinabalu, Sabah semalam mendapati peniaga dan pembeli berkongsi kebimbangan sama mengenai harga barangan keperluan harian yang semakin meningkat.

“Saya ke pasar di Kota Kinabalu untuk buat tinjauan sendiri harga barangan. Saya turut diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Api-Api, Loi Kok Liang dan ADUN Kapayan, Chin Tek Ming.

“Saya bercakap dengan para peniaga dan pembeli, dan mereka semuanya berkongsi kebimbangan yang sama. Kos semakin meningkat tetapi pendapatan ramai masih tidak naik. Ini realiti yang dirasai setiap hari oleh rakyat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau menegaskan, isu tersebut tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan tindakan segera serta lebih berkesan bagi memastikan rakyat tidak terus terbeban.

“Saya akan membawa suara rakyat ini ke peringkat yang sepatutnya,” katanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Shafie Apdal

 

Tags: Datuk Seri Mohd Shafie Apdalkos MeningkatPendapatan Tidak NaikpeniagaPresiden Warisan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd