• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

oleh Mynewshub
05/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan.

Justeru, beliau menyarankan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor melaksanakan kempen kreatif jika mahu menarik pelancongan Muslim di Langkawi.

“Pamerkan kepimpinan negeri dan ulama berkelah di pantai Langkawi dengan pakaian tradisi orang Kedah atau menyertai aktiviti pelancongan mesra keluarga Muslim.

“Realitinya, mereka hanya tahu menyalahkan pihak lain tetapi tidak melakukan sebarang usaha promosi pelancongan untuk pulau ini,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Teresa seterusnya mendakwa, pelancongan adalah ‘industri tanpa asap’ yang mampu memulihkan ekonomi rakyat dengan pantas seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026.

Beliau mendakwa Festival Muzik Air Rain Rave 2026 menjadi contoh berjaya menarik 180,000 penonton dan menjana pendapatan RM200 juta kepada peniaga tempatan.

“Malangnya, pemimpin Pas lebih gemar membantah dan mengekang aktiviti ekonomi seperti ini atas alasan moral yang sempit.

“Bayangkan jika impak ekonomi RM200 juta ini dibawa ke Langkawi? Ia pasti akan merancakkan hotel, kedai makan dan perkhidmatan teksi di Pulau Langkawi,” dakwanya.

Justeru, beliau meminta Pas berhenti menyibuk dengan agenda moral di negeri lain, sebaliknya fokus merancakkan ekonomi di negeri tadbiran sendiri. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teresa Kok

Tags: Ahli Parlimen SeputehBerkelahKerajaan KedahLangkawiPASpelancongan MuslimpromosiTeresa KokUlama Pas
Share212Tweet132SendShare

Related Posts

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

29/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa hairan dengan parti Bersatu. Menurut beliau, Bersatu menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd