• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Kelepasan Am Sempena Hari Wesak, Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

oleh Mynewshub
05/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hari Kelepasan Am Sempena Hari Wesak, Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi hari kelepasan am sempena Hari Wesak dan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada pada 31 Mei dan 1 Jun ini.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam satu kenyataan berkata, Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong antara lima hari kelepasan am wajib perlu diberi majikan kepada pekerja sektor swasta.

Menurut Kesuma, kelepasan am wajib itu melibatkan Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Akta Kerja 1955 menetapkan cuti itu tidak boleh diganti hari lain.

“Sekiranya hari kelepasan am jatuh pada hari rehat mingguan atau mana-mana cuti ditetapkan, maka hari bekerja berikutnya hendaklah dijadikan hari kelepasan am gantian berbayar,” kata kenyataan itu.

Menurut Kesuma, Hari Wesak pula hari kelepasan am berbayar yang boleh dipilih majikan bagi melengkapkan enam hari kelepasan am berbayar yang perlu diberi kepada pekerja.

Kata Kesuma, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan dan memilih Hari Wesak sebagai cuti umum perlu memberikan 1 Jun (Isnin) sebagai cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang tidak boleh diganti, serta 2 Jun 2026 (Selasa) sebagai cuti gantian bagi Hari Wesak.

Bagaimanapun, kata Kesuma, cuti gantian berkenaan boleh ditukar kepada hari lain dengan persetujuan pekerja selaras dengan peruntukan undang-undang.

Jelas Kesuma, pekerja yang menerima gaji RM4,000 ke bawah atau yang tertakluk di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955 dan diarahkan bekerja pada hari kelepasan am, layak menerima bayaran mengikut kadar yang ditetapkan. – MYNEWSHUB

 

Tags: Hari Kelepasan AMHari WesakKesumaUlang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Share219Tweet137SendShare

Related Posts

Jenazah Nadia Kasumawati Selamat Dikebumikan Di Jeddah – Wisma Putra

Jenazah Nadia Kasumawati Selamat Dikebumikan Di Jeddah – Wisma Putra

19/01/2026
0

PUTRAJAYA – Jenazah Allahyarhamah Nadiah Kasumawati, warganegara Malaysia yang meninggal dunia pada 15 Januari lalu, telah selamat dikebumikan di Tanah...

Kesuma Sasar 1 Juta Pencarum Skim Pekerjaan Sendiri Sebelum Hujung Tahun Ini

Kesuma Sasar 1 Juta Pencarum Skim Pekerjaan Sendiri Sebelum Hujung Tahun Ini

02/08/2025
0

GEORGE TOWN – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyasarkan untuk mencapai satu juta pencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd