• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesuma Sasar 1 Juta Pencarum Skim Pekerjaan Sendiri Sebelum Hujung Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
02/08/2025
dalam Terkini
0
Kesuma Sasar 1 Juta Pencarum Skim Pekerjaan Sendiri Sebelum Hujung Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyasarkan untuk mencapai satu juta pencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang dikendalikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, setakat ini terdapat lebih 800,000 pencarum aktif di seluruh negara, namun pelbagai usaha sedang giat dijalankan bagi memperluas kesedaran dan penyertaan skim berkenaan, khususnya dalam kalangan golongan yang bekerja sendiri.

“Sasaran ini realistik dan kita yakin mampu mencapainya dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk PERKESO dan kerajaan negeri.

“Ini salah satu skim perlindungan keselamatan sosial penting yang ditawarkan kerajaan bagi melindungi golongan bekerja sendiri jika berlaku musibah atau kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Taklimat SKSPS untuk perkhidmatan rumah ibadat bukan Islam yang diadakan di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim dan Pengarah PERKESO Pulau Pinang, Rafidah Abdul Rahim.

Dalam majlis berkenaan, Chee Keong turut menyampaikan tajaan caruman SKSPS melibatkan 200 individu yang berkhidmat di rumah ibadat bukan Islam di negeri ini.

Mengulas lanjut, Chee Keong yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, skim tersebut bukan sahaja terbuka kepada pekerja sektor gig, mereka yang bekerja sendiri serta golongan peniaga dan penjaja, malah turut melibatkan mereka yang bertugas di rumah ibadat.

“Kita mahu mereka tahu walaupun bekerja sendiri mereka boleh dilindungi dan berpeluang menikmati pelbagai faedah antaranya faedah perubatan, kehilangan upaya sementara dan kekal sekiranya ditimpa kemalangan.

“Mereka yang mencarum dalam skim ini akan menerima perlindungan dari segi bayaran pampasan, pencen, rawatan perubatan serta khidmat rehabilitasi sekiranya berdepan kemalangan ketika bekerja,” katanya lagi.

Tahun lalu, seramai 1,292 orang pegawai masjid yang terdiri daripada imam, bilal dan siak di negeri ini juga dilindungi dengan Skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

-Sinar Harian

Tags: KesumaSkim Pekerjaan Sendiri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hari Kelepasan Am Sempena Hari Wesak, Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

Hari Kelepasan Am Sempena Hari Wesak, Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberi hari kelepasan am sempena Hari Wesak dan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong...

Jenazah Nadia Kasumawati Selamat Dikebumikan Di Jeddah – Wisma Putra

Jenazah Nadia Kasumawati Selamat Dikebumikan Di Jeddah – Wisma Putra

19/01/2026
0

PUTRAJAYA – Jenazah Allahyarhamah Nadiah Kasumawati, warganegara Malaysia yang meninggal dunia pada 15 Januari lalu, telah selamat dikebumikan di Tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd