• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco Kerajaan Perak Jumpa PMX Bincang Isu Gajah Di Jepun

oleh Mynewshub
05/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Exco Kerajaan Perak Jumpa PMX Bincang Isu Gajah Di Jepun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching hari ini membentangkan perkembangan terkini berkaitan isu gajah Dara, Amoi dan Kelat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, beberapa perkara utama diberi penekanan dalam pertemuan tersebut termasuk Kebajikan haiwan terbabit, kepentingan menjaga hubungan diplomatik yang baik dan menghormati komitmen serta perjanjian yang telah dimeterai.

“Keprihatinan masyarakat terhadap isu ini amat dihargai dan dalam masa yang sama adalah penting untuk kita melihatnya secara menyeluruh, berasaskan fakta serta perkembangan semasa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Semalam, Perdana Menteri menegaskan kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Zoo Taiping.

Sandrea Ng seterusnya berkata, penekanan turut diberikan agar semua pihak berkaitan mengambil pendekatan yang cermat dalam setiap tindakan dengan keutamaan diberikan kepada kebajikan haiwan serta pemantauan berterusan bagi memastikan keadaan mereka sentiasa berada pada tahap yang baik.

“Perkembangan lanjut akan dikongsikan dari semasa ke semasa oleh pihak yang berwajib,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sandrea Ng

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimExco Perumahan dan Kerajaan Tempatan PerakgajahPerdana MenteriSandrea Ng Shy Ching
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Kuasa Raja Mesti Tertakluk Kepada Prinsip Dan Semangat Perlembagaan – PMX

Kuasa Raja Mesti Tertakluk Kepada Prinsip Dan Semangat Perlembagaan – PMX

24/06/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan menegaskan tiga cabang utama dalam sistem pengasingan kuasa kerajaan...

PMX Anwar Diminta Beri Penjelasan Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka Johor

PMX Anwar Diminta Beri Penjelasan Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka Johor

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pengarah FELDA perlu menjawab persoalan rakyat siapakah yang mengarahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd