• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Ketika Selamat Isteri & Anak Dari Renjatan Elektrik

oleh Ahmad Albab
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – “Demi menyelamatkan isteri dan anaknya, abang saya terkena renjatan elektrik akibat mahu mencabut palam kuasa pada suis pancuran air panas,” kata Kok Chee Yong, 34, adik mangsa yang maut akibat terkena renjatan eletrik di kediamannya di Medan Lapangan Sentosa di sini, Khamis malam.

Menceritakan kembali detik cemas tersebut, Kok ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini berkata ketika kejadian hujan lebat serta kilat menyebabkan bekalan elektrik di rumah itu terputus.

Beliau berkata dentuman kilat yang kuat mengakibatkan kotak suis elektrik utama terputus bekalan.

“Salah seorang anak lelaki abang saya termuntah akibat terkejut dengan kejadian itu. Abang pergi membetulkan semula kotak suis elektrik utama, manakala isterinya membawa anaknya yang termuntah pergi ke bilik air.

“Isterinya memasang pancuran air panas tetapi aliran elektrik terus menyambar dan pada ketika itu abang terus meluru ke bilik air dan cuba untuk mencabut terus palam pada suis air pancuran. Tetapi nasib tidak baik, abang saya terkena renjatan elektrik yang sangat kuat,” jelas beliau bagi pihak keluarganya.

Kok berkata abangnya, Kok Chee Kian, 40, yang bekerja sebagai penyelenggara penghawa dingin meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – BERNAMA

Tags: elektrikmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd