• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

oleh Mynewshub
04/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200 liter terpaksa dilaksanakan kerana negara terbeban dengan peningkatan kos petrol dan diesel.

Menurut beliau, negara juga tidak berkemampuan untuk menurunkan lagi harga RON95 berbanding RM1.99 seliter ketika ini kerana kos subsidi semasa sedang menelan dana kerajaan sebanyak RM5 bilion sebulan.

Beliau namun menegaskan bahawa harga RON95 bersubsidi di Malaysia RM1.99 seliter adalah yang paling rendah di dunia melainkan Brunei.

“Kalau harga itu melambung tinggi betul… mungkin mencecah lebih RM6 bilion (sebulan), tapi kalau harga setakat sekarang RM5 bilion satu bulan, bayangkan 10 bulan RM50 bilion dari dana kerajaan.

“Januari masa saya umumkan subsidi RON95 kita tampung RM700 juta sebulan. Jadi saya fikir Malaysia okay.. ini bukan negara miskin sangat.. RM700 juta. Selang beberapa bulan naik RM5 bilion.

“Saya masih kata okay, tapi KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) dan KSU (Ketua Setiausaha) kata tak boleh, kerana tak mampu dana yang ada ini menampung. Sebulan okay, dua bulan okay, tiga bulan okay..

“Sebab itu sekarang kita sudah usahakan penyelarasan subsidi,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memaklumkan, penyelarasan subsidi diesel dilaksanakan ekoran banyak ketirisan termasuk aktiviti penyeludupan yang masih berlaku.

“Diesel kalau baca di media sosial harga naik..Dia tak sebut langsung harga subsidi. Ini pun masalah kita. ‘I mean be fair..’ Betul harga naik betul. Ada masalah? Ya,” katanya.

Terdahulu, Anwar menjelaskan kenaikan kos disebabkan konflik melibatkan Israel dengan sokongan Amerika Syarikat terhadap Iran memberi kesan terhadap laluan kapal di Selat Hormuz.

Kata beliau, laluan sempit itu menyukarkan kawalan keselamatan kapal, lebih-lebih lagi apabila wujud tekanan antara Amerika Syarikat dan Iran yang masing-masing menuntut hak ke atas laluan tersebut.

Anwar turut menggambarkan perbezaan ketara sebelum dan selepas konflik, di mana jumlah kapal tanker di Selat Hormuz merosot daripada sekitar 44,000 kepada hampir sifar bagi penghantaran gas asli cecair (LNG)

Beliau menjejaskan, gangguan laluan itu memberi kesan langsung kepada kos global termasuk peningkatan kos penghantaran (freight), insurans serta risiko keselamatan kru kapal.

Akibatnya, kata beliau, harga minyak dunia melonjak dan tempiasnya dirasai oleh pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan Malaysia masih berada dalam keadaan stabil dari segi bekalan minyak dan gas.

Katanya, ia hasil hubungan baik negara dengan beberapa rakan strategik seperti Iran, Rusia, Turkmenistan dan Uzbekistan selain usaha berterusan oleh Petronas untuk menjamin bekalan tenaga.

“Tapi harga meningkat. Ini bukan masalah yang berpunca daripada kita. Tapi yang berlaku sekarang harus kita kawal. Sebab itulah maka kita terpaksa berdepan dengan harga minyak di Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info Video/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: DanaDatuk Seri Anwar Ibrahimharga minyakkos MeningkatPerdana Menterisubsiditidak Mampu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

PM Anwar Seru Semua Pihak Bersikap Adil Ulas Isu Harga Minyak

PM Anwar Seru Semua Pihak Bersikap Adil Ulas Isu Harga Minyak

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak supaya bersikap adil dalam mengulas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd