• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Mahkota Ismail Bertitah Golongan Kurang Bernasib Baik Di Johor Tidak Akan Dipinggirkan

oleh Mynewshub
01/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tunku Mahkota Ismail Bertitah Golongan Kurang Bernasib Baik Di Johor Tidak Akan Dipinggirkan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan iltizam baginda untuk memastikan kesejahteraan rakyat Johor sentiasa terjamin.

Baginda menerusi satu hantaran ringkas di media sosial malah menegaskan, golongan yang memerlukan di negeri ini tidak akan sesekali dipinggirkan.

Titah baginda, kekuatan negeri akan sentiasa dipelihara demi menjamin masa depan Johor yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya.

“Golongan kurang bernasib baik tidak pernah dipinggirkan. Yang kuat sentiasa berjaga. Masa depan sentiasa dilindungi. Allah memberkati Johor,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail turut memuat naik titah ucapan syukur baginda ke hadrat Ilahi kerana dapat hadir merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail semalam.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir Seluruh Alam. Selawat dan sejahtera ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, semulia-mulia rasul serta keluarga dan para sahabatnya sekalian.

“Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat saya hadir merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima bagi Dewan Negeri Johor yang ke-15 pada pagi ini.

“Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan persidangan penggal kelima bagi Dewan Negeri Johor yang ke-15” – MYNEWSHUB

Tags: Golongan tidak Bernasib baikPemangku Sultan JohorTidak DipinggirkanTitahTunku Mahkota Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Pasir Gudang Perlu Beroperasi Sepenuhnya Segera – Tunku Mahkota Ismail

Hospital Pasir Gudang Perlu Beroperasi Sepenuhnya Segera – Tunku Mahkota Ismail

30/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan sektor kesihatan merupakan aspek kritikal yang tidak boleh ditangguhkan, justeru...

Tunku Mahkota Ismail Mahu Kerajaan Johor Sifarkan 6,500 Ketua Isi Rumah Miskin, Percepatkan Projek Sistem Transit Rel

Tunku Mahkota Ismail Mahu Kerajaan Johor Sifarkan 6,500 Ketua Isi Rumah Miskin, Percepatkan Projek Sistem Transit Rel

30/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur apabila kerajaan negeri telah berjaya mensifarkan 4,612 Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd