Oleh Mynewshub
INI rupa harimau di zoo yang sama (Zoo Tennoji) di Jepun yang menempatkan tiga gajah kita, yakni Dara, Amoi dan Kelat (DAK).
Kemunculan video ini menimbulkan lebih banyak kerisauan akan apa yang akan terjadi kepada DAK?
Zoo Tennoji di Osaka, Jepun didakwa mempunyai rekod buruk penjagaan haiwan.
Keadaan harimau ini seolah-olah mengesahkan dakwaan banyak pihak berhubung hal itu.
Mungkin kerajaan perlu lebih serius melihat nasib 3 gajah kita.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Arthur Joseph Kurup semalam berkata, gesaan pelbagai pihak untuk membawa pulang tiga gajah Malaysia yang kini berada di bawah jagaan Zoo Tennoji sejak 11 Mac lalu wajar dipertimbang secara serius.
Katanya, walaupun kementerian itu tidak terlibat dalam perjanjian antara Zoo Taiping & Night Safari dan Zoo Tennoji, terdapat asas yang kukuh untuk membawa pulang ketiga-tiga gajah itu seperti gesaan kumpulan kebajikan haiwan.
“Sekiranya pelaksanaan perjanjian ini didapati tidak lagi selari dengan prinsip konservasi, kebajikan hidupan liar serta sensitiviti semasa maka keperluan untuk mengembalikan ketiga-tiga gajah tersebut ke habitat asal perlu dipertimbangkan secara serius dan segera,” kata Arthur dalam sidang media di Putrajaya. –MYNEWSHUB


