• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Pasir Gudang Perlu Beroperasi Sepenuhnya Segera – Tunku Mahkota Ismail

oleh Mynewshub
30/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hospital Pasir Gudang Perlu Beroperasi Sepenuhnya Segera – Tunku Mahkota Ismail
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan sektor kesihatan merupakan aspek kritikal yang tidak boleh ditangguhkan, justeru pengoperasian penuh Hospital Pasir Gudang perlu disegerakan.

Baginda bertitah, meskipun sebahagian besar perkhidmatan hospital tersebut telah mula beroperasi, isu perjawatan serta kelengkapan masih perlu diselesaikan segera.

Titah baginda, perkara itu perlu diselesaikan segara tanpa sebarang kelewatan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh dapat diberikan kepada rakyat.

“Suka saya ingatkan bahawa sektor kesihatan adalah kritikal dan tidak boleh ditangguhkan. Justeru, saya mahu pengoperasian penuh Hospital Pasir Gudang disegerakan.

“Walaupun sebahagian besar perkhidmatan telah mula beroperasi, isu perjawatan dan kelengkapan perlu diselesaikan segera tanpa sebarang kelewatan,” titah sempena perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.

Terdahulu, Baginda menzahirkan ucapan tahniah atas pengiktirafan Hospital Sultanah Aminah sebagai antara hospital terbaik dunia bagi tahun 2026.

Baginda menyifatkan pencapaian itu sebagai hasil usaha bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam memperkukuh kualiti perkhidmatan, kemudahan serta kecekapan sistem kesihatan Johor.

Menurut Baginda, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk penambahbaikan fasiliti, pelaksanaan sistem digital serta pendekatan inovatif seperti kaedah “decanting” bagi mengurangkan kesesakan di hospital.

Langkah-langkah tersebut, titah Baginda, berjaya meningkatkan pengalaman serta keselesaan pesakit dan membuktikan sistem kesihatan negeri kini berada pada landasan yang tepat. – MYNEWSHUB

 

Tags: Hospital Pasir GudangoperasiPemangku Sultan JohorSepenuhnyaTunku Mahkota Ismail
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Tunku Mahkota Ismail Kongsi Empat Pegangan Hidup, Utamakan Kesihatan, Ketenangan, Pemikiran Yang Tajam Dan Matlamat

Tunku Mahkota Ismail Kongsi Empat Pegangan Hidup, Utamakan Kesihatan, Ketenangan, Pemikiran Yang Tajam Dan Matlamat

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkongsi empat prinsip yang menjadi pegangan baginda dalam menjalani kehidupan ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd