• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sebelum ini turut melanggar mandat pengundi.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menghuraikan isu mandat rakyat susulan perkembangan politik di Negeri Sembilan.

Menurut Ahmad Fadhli, Anthony Loke sebelum ini menegaskan bahawa kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri 2023 di Negeri Sembilan adalah berdasarkan mandat pengundi kerana kedua-dua gabungan berkempen bersama.

Oleh itu, katanya, tindakan UMNO Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar daripada PKR dianggap melanggar mandat rakyat.

Bagaimanapun, Ahmad Fadhli mempersoalkan konsistensi pendirian tersebut dengan membangkitkan isu enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri.

“Saya nak tanya, ketika enam MP Bersatu isytihar sokong PMX, ia langgar mandat pengundi tak?” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau turut mempersoalkan tindakan DAP yang didakwa menyokong keputusan Speaker Dewan Rakyat yang tidak mengisytiharkan kekosongan kerusi melibatkan enam Ahli Parlimen berkenaan.

Menurutnya, tindakan tersebut bertentangan dengan semangat mandat pengundi seperti yang ditekankan sebelum ini.

Ahmad Fadhli juga menegaskan bahawa keputusan UMNO Negeri Sembilan dibuat secara berkumpulan (en bloc), berbeza dengan tindakan individu Ahli Parlimen Bersatu.

Selain itu, beliau berkata, tiada kekangan daripada Akta Anti Lompat Parti terhadap keputusan UMNO negeri itu, berbanding situasi melibatkan enam Ahli Parlimen terbabit.

Dalam pada itu, beliau mendakwa prinsip yang diketengahkan oleh PH akan memberi implikasi kepada gabungan itu pada masa akan datang, termasuk berkaitan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

“Waktu itu, kita sudah sediakan jawapannya,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Fadhli Shaari

 

Tags: Ahli ParlimenAhmad Fadhli ShaariAnthony Loke Siew FookBERSATUDAPKetua Penerangan PAS PusatPMXsokongan
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan perbuatan rasuah selagi menjadi...

Jentera Kerajaan Perkukuh Keupayaan Tangani Serangan Siber – PMX Anwar

Jentera Kerajaan Perkukuh Keupayaan Tangani Serangan Siber – PMX Anwar

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan jentera kerajaan telah diarahkan memperkukuh keupayaan menjangka ancaman serta menangkis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd