• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

oleh Mynewshub
25/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, kawasan lapangan terbang merupakan kawasan strategik dan keselamatan yang perlu dipelihara sepanjang masa untuk memastikan perjalanan penumpang lancar serta tidak terganggu.

“Sekiranya terdapat sebarang kesesakan yang menyebabkan penumpang terlepas penerbangan mereka, adakah pihak penganjur bertanggungjawab untuk membayar pampasan tiket penerbangan mereka?,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Anthony Loke menegaskan, sebarang konvoi bermotor juga sepatutnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa, justeru mempersoalkan adakah penganjur konvoi itu telah mendapat kelulusan.

Katanya, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bekerjasama dengan polis trafik mengadakan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan.

Jelasnya, ia termasuk memeriksa semua motosikal yang memasuki kawasan lapangan terbang termasuk ADUN untuk menjamin keselamatan dan kelancaran operasi lapangan terbang. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anthony Loke Siew Fook

Tags: Anthony Loke Siew FookKonvoi Mat Motorlapangan terbangMenteri Pengangkutansekatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Kerana Terlalu Angkuh Untuk Mengakui Sumbangan BN? – Jie Sen

Adakah Kerana Terlalu Angkuh Untuk Mengakui Sumbangan BN? – Jie Sen

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MCA Selangor, Tan Jie Sen menggesa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook supaya memberi tumpuan...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd