• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan global.

Menurut beliau, tempiasnya dirasai di seluruh dunia termasuk Malaysia, maka keutamaan kerajaan ketika ini memastikan bekalan kekal stabil serta menampan tekanan kenaikan harga.

Bagaimanapun, katanya Kerajaan Madani menanggung perbelanjaan tambahan mencecah RM7 bilion sebulan untuk meneruskan subsidi minyak dan diesel kepada rakyat.

“Di sebalik lonjakan harga minyak dunia, rakyat Malaysia masih membayar RM1.99 seliter untuk RON95, dan sekitar 85 peratus pengguna diesel pada kadar antara RM1.65 hingga RM2.15 seliter,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui masih ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan kenaikan harga diesel.

Justeru, katanya, kerajaan sedang mempertimbangkan penurunan kadar cukai jalan bagi kenderaan diesel dalam tempoh terdekat.

“Insya-Allah, selagi ada ikhtiar dan kesungguhan, kita akan terus melangkah bersama, mempertahankan daya tahan negara.

“Memastikan setiap rakyat tidak dibiarkan sendirian menghadapi cabaran ini,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

 

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDieselKerajaan MadaniPerbelanjaan TambahanPerdana MenteriPetrolRM7 bilionsubsidiTanggung
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PBM Gesa Kerajaan Madani Hantar Zakir Naik Keluar Dari Malaysia – Ronnie Liu

PBM Gesa Kerajaan Madani Hantar Zakir Naik Keluar Dari Malaysia – Ronnie Liu

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) menggesa Kerajaan Madani mengeluarkan pendakwah bebas, Dr Zakir Naik dari Malaysia kerana mendakwa...

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd