• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

oleh Mynewshub
25/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum pulih.

Menurut hantaran tersebut, MoF menjelaskan bekalan minyak tidak pulih serta-merta atas faktor gangguan kepada pengeluaran di Asia Barat.

Jelas MoF menerusi hantaran berkenaan, ia juga disebabkan oleh rantaian logistik dan penghantaran global yang mengambil masa untuk pulih.

Sehubungan itu, MoF merumuskan bahawa harga minyak dunia bergantung kepada dinamik pasaran global serta pelbagai faktor luaran yang sentiasa berubah.

Menerusi hantaran sama, MoF menerangkan harga minyak turun dan naik akibat faktor geopolitik dan ‘premium risiko’

“Harga minyak tidak stabil kerana dipengaruhi oleh faktor geopolitik dan apa yang dikenali sebagai ‘premium risiko”

“Apabila berlaku ketegangan di kawasan strategik seperti Selat Hormuz, pasaran bekalan akan terganggu sekali gus mendorong kenaikan harga,” kata MoF.

Bagaimanapun, MoF memaklumkan bahawa harga minyak berpotensi turun sekiranya keadaan kembali reda, seperti melalui gencatan senjata atau rundingan damai.

Dalam situasi tersebut, risiko gangguan bekalan berkurang dan pasaran menjadi lebih stabil.

Namun begitu, kementerian itu menegaskan bahawa ketidaktentuan pasaran masih berterusan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Kementerian Kewangan

 

Tags: Asia Baratbekalan minyakBelum pulihGangguan pengeluarankementerian kewanganMOFpenjelasanSelat Hormuz
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

26/07/2026
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd