• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Twitter Rasmi Buka Pejabat Asia Pasifik Di Singapura

oleh
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Twitter, firma gergasi perkhidmatan media sosial yang berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat merasmikan pembukaan ibu pejabat baharunya bagi rantau Asia Pasifik di Singapura.

Terletak di aras 8, Samsung Hub, Church Street; ibu pejabat itu antara lain menempatkan pelbagai cabang perniagaannya termasuk penjualan dan pemasaran, selain #Realtimelab, iaitu yang pertama kali di rantau ini.

Kemudahan tersebut akan membantu pihak bahagian perniagaan Twitter lebih memahami pergerakan media sosial dan pertukaran maklumat di Asia sejak perkhidmatan laman sembang maya itu diwujudkan pada 2006 lalu.

Twitter-APAC-Office-14-Boardroom-

Twitter bahkan menyatakan, pihaknya merancang untuk menggandakan bilangan kakitangannya di Singapura dalam masa beberapa tahun akan datang daripada bilangan sekarang hanya mempunyai 80 pekerja.

Syarikat itu mula bertapak di Singapura pada tahun 2013 dan berharap dapat menambah lagi 100 pekerja baharu dalam tempoh beberapa tahun ini, ekoran permintaan Twitter yang semakin berkembang pesat di rantau ini.

Stesen penyiaran Singapura, Channel NewAsia melaporkan, Pengarah Urusan Penjualan Online Twitter bagi Asia Pasifik, Aliza Knox berkata, antara pasaran terbesar syarikat itu terletak di Asia, termasuklah Jepun dan Indonesia.

Twitter-APAC-Office-08-realtimelab

Twitter juga, memiliki banyak kegiatan di Singapura yang sangat aktif selain faktor kedudukan geografi yang baik, iaitu di tengah-tengah Asia dan negara pulau ini juga mempunyai ramai bakat muda yang baik, jelas Knox.

Malah beliau berkata, selain Asia, ibu pejabat Twitter di Singapura itu akan juga memberi perkhidmatan kepada bahagian lain seperti rantau Timur Tengah dan Australia kerana kelebihan lokasi yang baik serta strategik.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Prof. Dr. Yaacob Ibrahim. Twitter kini memiliki lebih 500 juta pengguna dan 25 buah pejabat di seluruh dunia. – Agensi/Mynewshub/H.A.A

Tags: media sosialSingapuraTwitter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa mewajibkan anak-anak membaca buku setiap hari bagi memupuk...

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd