• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Suami Isteri Didakwa Bunuh & Lupus Mayat Anak

oleh Ahmad Albab
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Selayang berikutan penemuan mayat anak lelaki mereka yang telah reput dan ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong, Mac lepas.

Bapa kanak-kanak itu, Loo Chon Wen, 33, didakwa membunuh mangsa Loo Yong Shen Evan, 9, manakala ibunya Tan Boa Jia, 33, didakwa atas tuduhan melupuskan mayat mangsa.

Loo yang tidak bekerja, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan, dan tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Loo diwakili peguam K. Sarisnadevi dan didakwa melakukan kesalahan itu di rumah No. 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong, pada 2 petang, 29 Mac lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Majistret Nurul Izzah menetapkan 6 Ogos untuk sebutan kes.

Sementara itu, Tan yang merupakan seorang suri rumah, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menanam mayat mangsa di dalam rumah tersebut dengan niat melindungi suaminya di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan permohonan peguam Kitson Foong, yang mewakili Tan untuk merujuk anak guamnya kepada pakar psikiatri bagi mendapatkan laporan mental tertuduh selepas peguam itu mendakwa ibu mangsa mengalami sindrom kemurungan.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Julai untuk sebutan semula kes terhadap Tan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=kD9n_u7zra4

Tags: kes bunuhSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd