• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Turun: ‘Kita Mahu Harga Diesel Yang Sama Rata Di Seluruh Negara’ – Isham Jalil

oleh Mynewshub
23/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Harga Minyak Turun: ‘Kita Mahu Harga Diesel Yang Sama Rata Di Seluruh Negara’ – Isham Jalil
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli politik, Isham Jalil menggesa kerajaan supaya menetapkan harga diesel yang sama di seluruh negara serta menolak sebarang bentuk diskriminasi harga antara wilayah.

Beliau berkata, sekiranya wujud perbezaan kos akibat faktor geografi dan logistik, kerajaan seharusnya menyediakan subsidi diesel secara bersasar kepada semua negeri, bukannya melaksanakan subsidi secara menyeluruh (blanket) seperti yang diamalkan ketika ini.

“Kita mahu harga diesel yang sama rata di seluruh negara, tolak diskriminasi harga. Jika ada perbezaan kos kerana geografi dan logistik, beri subsidi diesel bersasar untuk semua negeri.

“Bukan subsidi blanket seperti ini. Di Semenanjung pun ada kawasan bukit bukau dan hulu,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman kerajaan berhubung pelarasan harga bahan api terkini berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) semalam.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 85 sen seliter kepada RM5.12 bagi tempoh 23 April hingga 29 April 2026, berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa.

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 (tanpa subsidi) pula masing-masing turun sebanyak 25 sen kepada RM4.85 seliter dan 15 sen kepada RM3.87 seliter. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Isham Jalil

Tags: harga dieselHarga minyak turunIsham JalilSama RataSeluruh negara
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan siasatan kes terhadap beliau berhubung isu ‘diesel...

‘Maka Beransur-Ansurlah UEC Akan Diserap Dan Diterima’ – Isham Jalil

‘Maka Beransur-Ansurlah UEC Akan Diserap Dan Diterima’ – Isham Jalil

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak patut mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk pertimbangan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd