• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

oleh Mynewshub
23/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejak semalam beberapa institusi zakat di Malaysia tampil menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan penyelewengan dana zakat.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam kenyataan menegaskan bahawa kes penyelewengan yang dilaporkan tidak melibatkan institusi itu.

Menurutnya, LZS beroperasi sebagai institusi zakat rasmi negeri di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor serta tertakluk kepada peruntukan undang-undang, termasuk sistem tadbir urus, kawal selia dan semak imbang yang menyeluruh.

Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana NGO sebagai ejen kutipan zakat di negeri berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memaklumkan bahawa pihaknya juga tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan NGO terbabit.

MAIWP menjelaskan bahawa urusan kutipan zakat harta, zakat fitrah dan wakaf hanya dikendalikan oleh ejen yang dilantik melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP dengan kadar komisen yang telah ditetapkan.

Di Pahang pula, Pusat Kutipan Zakat Pahang memaklumkan bahawa sebanyak RM46.8 juta telah diagihkan kepada golongan asnaf, hasil sumbangan para pembayar zakat di negeri itu.

Pengurusan zakat tersebut dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang secara sistematik, telus dan amanah.

Menurut kenyataan itu, setiap sumbangan zakat yang diterima bukan sekadar angka, sebaliknya memberi impak besar kepada kehidupan golongan memerlukan dengan membantu meringankan beban serta memberi harapan baharu kepada asnaf.

Kesemua institusi terbabit turut menyeru orang ramai agar terus menyalurkan zakat melalui saluran rasmi bagi memastikan pengurusan dana dilakukan secara telus dan berintegriti. – MYNEWSHUB

Tags: DanaInstitusi zakatKaitankes penyelewengannafiNGO
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd