• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAPSY Dakwa Cadangan Perternakan Babi Bersifat Dasar dan Teknologi

oleh Mohd Arshad
23/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
DAPSY Dakwa Cadangan Perternakan Babi Bersifat Dasar dan Teknologi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS berhubung isu penternakan babi tersasar daripada fakta sebenar serta lebih menjurus kepada usaha mempolitikkan isu berbanding membincangkannya secara rasional.

Dalam satu kenyataan media, DAPSY Selangor mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan tidak pernah mempertikaikan apatah menentang titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Dakwa kenyataan itu, pendirian untuk menjunjung institusi Raja Berperlembagaan adalah jelas dan konsisten, manakala perkara yang dibangkitkan hanyalah cadangan dari sudut dasar dan teknologi, termasuk kemungkinan pendekatan penternakan yang lebih terkawal, moden dan berpiawaian tinggi.

“Perkara ini merupakan perbincangan teknikal, bukan satu tindakan untuk mencabar titah Tuanku seperti yang cuba digambarkan oleh pihak tertentu,” dakwa kenyataan tersebut.

DAPSY Selangor turut mendakwa tindakan sesetengah pihak yang melabel cadangan dasar itu sebagai “biadab” sebagai tidak bertanggungjawab dan berunsur memutarbelitkan fakta demi meraih sentimen politik.

“Tindakan sedemikian bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah memperlihatkan sikap suka mempermainkan isu sensitif tanpa asas yang kukuh,” dakwanya.

Dakwa kenyataan itu lagi, mengemukakan cadangan tidak sama sekali bermaksud menolak atau mencabar keputusan yang telah dibuat, sebaliknya merupakan sebahagian daripada proses dalam sistem demokrasi berperlembagaan.

DAPSY Selangor berkata, ruang perbahasan dasar adalah penting bagi memastikan setiap aspek termasuk teknologi, alam sekitar dan kepentingan jangka panjang negeri dapat dinilai secara menyeluruh.

Sehubungan itu, DAPSY meminta semua pihak tidak mengapi-apikan isu berkenaan dan sebaliknya mengamalkan perbincangan yang lebih matang, berfakta serta bertanggungjawab demi kepentingan rakyat Selangor. – MYNEWSHUB

 

Tags: ADUN Seri KembangancadanganDAPSYPemuda Sosialis DAPPenternakan babiSultan SelangorTitah
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerjasama dan rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd