• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

oleh Mynewshub
23/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan perumahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki.

Beliau menyindir, projek penternakan babi itu boleh dimulakan di kawasan perumahan ADUN tersebut jika dipersetujui kerana ADUN berkenaan yang meminta penternakan babi dibenarkan di Selangor.

“Apa kata ternak babi yang dikatakan baik tu di kawasan majoriti orang yang makan babi tersebut? Kalau setuju jadikan kawasan rumah YB dahulu sebagai projek permulaan. ‘Simple’.

“Tuanku Sultan Selangor sudah bertitah tidak berkenan untuk penternakan babi. Bukan menghalang dari nak makan babi.

“Nak makan, maka import babi tu wahai YB DAP. Apa yang sampai nak menderhaka pada titah Sultan Selangor?,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Media semalam melaporkan, Siew Ki memohon pertimbangan supaya penternakan babi dibenarkan di Selangor kerana babi tidak sepatutnya dibezakan dengan penternakan haiwan lain kerana haiwan lain juga menghasilkan risiko pencemaran dan kesihatan yang sama.

“Mengenai isu penternakan babi, dalam titah ucapan Tuanku, Seri Kembangan memohon ‘Ampun Tuanku’ menyembah bahawa isu ini menyentuh hak kesamarataan warganegara yang terjamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Penternakan babi tidak seharusnya dibezakan dengan penternakan haiwan yang lain. Risiko pencemaran, aspek kebersihan serta kesihatan dalam penternakan babi adalah sama seperti penternakan haiwan lain,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)

Siew Ki mendakwa, isu babi telah dijadikan sebagai isu politik yang dimainkan pelbagai pihak termasuk ahli politik. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

Tags: ADUN Seri KembanganDatuk Dr Muhamad Akmal SalehKawasanKetua Pemuda UMNOPenternakan babiprojekRumahWong Siew Ki
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

23/04/2026
0

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendakwa tindakan Pemuda PAS Selangor yang mendesak hukuman gantung 12 bulan terhadap...

DAPSY Dakwa Cadangan Perternakan Babi Bersifat Dasar dan Teknologi

DAPSY Dakwa Cadangan Perternakan Babi Bersifat Dasar dan Teknologi

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS berhubung isu penternakan babi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd