• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Pemimpin PAS Di Negeri Sembilan Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Dua belas pemimpin PAS kawasan Jelebu mengisytiharkan keluar parti susulan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Diketuai Ketua Pemuda PAS Kawasan, Mohd Faizal Fadli Idris, kumpulan itu turut disertai pengarah pilihan raya, Saiful Bahri Jaaman dan beberapa pemimpin cawangan.

Mohd Faizal berkata, mereka mengambil keputusan untuk keluar daripada PAS berikutan parti itu mengingkari janji untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR seperti yang dirancang semasa pembentukan Pakatan Rakyat pada 2008.

“Dengan berbuat demikian, PAS telah menggali kubur sendiri dan boleh melupakan hasrat untuk menawan Putrajaya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada mereka mempunyai rancangan untuk menyertai mana-mana parti politik, Mohd Faizal berkata mereka masih belum membuat keputusan mengenai perkara ini.

“Tetapi perlu saya jelaskan bahawa kami tidak akan menyertai Umno atau Barisan Nasional,” katanya.

Ketika ditanya sama ada mereka akan menimbang semula untuk menyertai PAS jika parti itu membuat ‘pusingan U’ dan bersetuju untuk meneruskan kerjasama dengan DAP, Mohd Faizal berkata:

“Selepas melihat perkembangan Muktamar PAS baru-baru ini, kami membuat keputusan untuk tidak menyertai semula PAS di bawah kepimpinan semasa.” – mStar Online

Tags: letak jawatanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd