• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

oleh Mynewshub
22/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui kegagalan pelan sedia ada dalam menangani isu banjir yang semakin membimbangkan.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri berkata, kenyataan Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir. Izham Hashim yang memberi jaminan masalah banjir dapat diselesaikan dalam tempoh empat tahun dianggap tidak meyakinkan.

Menurutnya, keadaan semasa menunjukkan sebaliknya apabila beberapa kawasan seperti Paya Jaras, Kampung Sempak, Kubang Gajah dan Kampung Bukit Lagon terus berdepan fenomena banjir, termasuk kejadian “air merah” yang dikaitkan dengan pembangunan pesat di kawasan Elmina.

“Pembangunan bandar baharu yang diluluskan tanpa penilaian kesan menyeluruh serta sistem saliran yang tidak dinaik taraf telah menyebabkan risiko banjir hanya dipindahkan dari satu kawasan ke kawasan lain,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa penyelesaian banjir tidak boleh hanya bergantung kepada pembesaran sungai dan sistem saliran semata-mata, sebaliknya perlu disertai reformasi dalam perancangan bandar.

Antara cadangan dikemukakan termasuk memperketat kelulusan projek pembangunan, mengekalkan kawasan hijau serta memulihkan fungsi asal kawasan tadahan air bagi meningkatkan keupayaan serapan semula jadi.

Selain itu, PAS turut mencadangkan pendekatan “bandar berdaya serap” (sponge city) yang mengintegrasikan elemen hijau sebagai sebahagian daripada infrastruktur asas pengurusan air.

“Tanpa perubahan dasar yang menyeluruh, peningkatan kapasiti saliran sahaja tidak akan menyelesaikan punca sebenar banjir kilat,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan pengumuman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengenai pendekatan baharu yang hanya akan diumumkan selepas beberapa bulan, tanpa perincian jelas ketika ini.

PAS Selangor berpendapat kelewatan itu tidak membantu menangani krisis banjir yang semakin mendesak dan berisiko menghasilkan penyelesaian yang tidak tepat.

Sehubungan itu, mereka menggesa kerajaan negeri agar berani mengakui kelemahan dasar sedia ada dan mengambil pendekatan lebih komprehensif, termasuk belajar daripada amalan terbaik negara lain seperti Belanda.

“Pengakuan terhadap kegagalan adalah langkah pertama ke arah penyelesaian yang berkesan,” katanya lagi.

Isu banjir di Selangor terus menjadi perhatian umum susulan kejadian berulang yang menjejaskan ribuan penduduk, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan pelan mitigasi yang dilaksanakan setakat ini. –MYNEWSHUB

Tags: ADUN selangorBanjirPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd