• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penternakan Babi: Pemuda PAS Selangor Gesa ADUN DAP Digantung 12 Bulan

oleh Mynewshub
22/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Penternakan Babi: Pemuda PAS Selangor Gesa ADUN DAP Digantung 12 Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar, mengecam tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP yang mencadangkan penerokaan semula sistem penternakan babi moden di negeri itu.

Menurut beliau, cadangan yang dikemukakan oleh ADUN Seri Kembangan itu termasuk penggunaan konsep sistem tertutup, zero discharge serta teknologi biogas kepada elektrik tetap tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

“Pokok isunya bukan soal sama ada penternakan itu dilabel sebagai moden atau mesra alam, tetapi titah Tuanku sudah jelas bahawa tiada lagi penternakan babi di Selangor dan keperluan bekalan hendaklah dipenuhi melalui import,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga telah membuat keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan lesen penternakan babi baharu, selain menutup ladang sedia ada secara berperingkat.

Mengulas lanjut, Mohamed Sukri berkata isu tersebut bukan sekadar melibatkan teknologi, tetapi mencerminkan sikap terhadap institusi Raja Berperlembagaan.

“Cubaan menghidupkan semula cadangan ini, walaupun dibalut dengan istilah moden seperti zero discharge dan biogas, tetap memperlihatkan sikap tidak menghormati institusi diraja,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Speaker Dewan Negeri Selangor serta jawatankuasa berkaitan supaya meneliti perkara berkenaan dan mempertimbangkan tindakan tatatertib yang tegas.

Menurutnya, tindakan seperti penggantungan ADUN berkenaan daripada sidang Dewan sehingga 12 bulan wajar dipertimbangkan sekiranya didapati cadangan tersebut benar-benar bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

Beliau turut menegaskan bahawa semua wakil rakyat perlu menunjukkan adab terhadap institusi negeri serta menghormati keputusan yang telah dimuktamadkan.

“DUN Selangor tidak sepatutnya menjadi medan untuk menghidupkan semula polemik yang telah diputuskan, sebaliknya menjadi platform membina dasar yang menjaga keharmonian dan ketenteraman negeri,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: adunbabiDAPKetua Pemuda PAS SelangorMohamed Sukri OmarPenternakan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

08/06/2026
0

KULAI - Sebanyak RM306,000 telah disalurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai bagi menyokong pelbagai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd