• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Individu Termasuk Timbalan Pengerusi NGO Ditahan Disyaki Seleweng Dana Zakat RM230 Juta

oleh Mynewshub
21/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tiga Individu Termasuk Timbalan Pengerusi NGO Ditahan Disyaki Seleweng Dana Zakat RM230 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang Timbalan Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki menyeleweng dana zakat kira-kira RM230 juta.

Menurut sumber, SPRM Selangor turut menyita 18 buah kenderaan mewah termasuk Porsche dan Mercedes. hartanah bernilai kira-kira RM11 juta serta pelbagai harta alih lain termasuk wang tunai dan jam tangan mewah, manakala 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta juga dibekukan.

“Dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an ditahan antara pukul 3 dan 5 petang tadi dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Lembah Klang, manakala seorang lagi suspek berusia lingkungan 50-an ditahan pujul 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor,” kata sumber.

Sumber memaklumkan, siasatan awal mendapati kesemua suspek yang juga dua daripadanya merupakan pengarah syarikat disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2024.

Kata sumber, siasatan turut mendapati Timbalan Pengerusi NGO tersebut telah memindahkan RM230 juta tersebut ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan juga tujuan peribadi.

Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi pemberita mengesahkan tangkapan tersebut dan kesemua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman dibawah Akta SPRM 2009. – MYNEWSHUB

 

Tags: Dana zakatKes SelewengNGOselangorSPRMTimbalan Pengerusi
Share230Tweet144SendShare

Related Posts

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) membantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) 2025 di Selangor yang...

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

08/06/2026
0

KULAI - Sebanyak RM306,000 telah disalurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai bagi menyokong pelbagai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd