• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Fitnah PM: Saya Rakam Ceramah Sehingga Selesai

oleh Ahmad Albab
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – “Saya merakam ceramah bermula daripada Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said berucap sehingga selesai,” kata saksi ketiga pada hari kedua perbicaraan kes bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam kes fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tiga tahun lepas.

Koperal Detektif Shokri Nayan yang bertugas sebagai juruvideo di bahagian Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bahawa beliau merakam video itu menggunakan handycam jenis Canon HR10 yang dibekalkan pasukan Polis Diraja Malaysia.

“Sebelum pergi ke tempat kejadian, saya akan memastikan alat perakam dalam keadaan baik, bateri dan DVD-R (DVD Boleh Rekod) yang cukup. Saya tiba di sana jam 9.30 malam dan nampak ada khemah di kiri dan kanan, saya lihat orang ramai lebih kurang 50 orang.

“…saya mula rakam ceramah pada jam 10.21 malam,” katanya pada hari kedua perbicaraan kes Mohammad Nizar.

Mohammad Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di sini didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Mohammad Nizar, yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Mohammad Nizar daripada pertuduhan memfitnah Najib selepas membenarkan bantahan awal pihak pembelaan yang diketuai Mohd Yusof berhubung isu pengadu dalam kes itu.

Hakim Rihaida Rafie memutuskan bahawa aduan yang dibuat dalam kes itu cacat dan tidak boleh diterima kerana terdapat kekeliruan siapa sebenarnya yang membuat aduan.

Pada prosiding hari ini, Syukri berkata seramai empat penceramah yang terlibat pada malam itu.

“Setahu saya empat orang, yang saya kenal YB (Yang Berhormat) Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng), Ustaz Radzi Zainon (Adun Sungai Rapat), YB Datuk Seri Nizar dan Datuk A.Samad Said,” katanya.

Syukri juga memaklumkan, beliau berjumpa dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah Asisten Superintendan Zulkarnain Samsudin setelah selesai memproses DVD-R dan menontonnya sehingga jam 2.10 pagi.

“ASP Zul meminta saya membuat lima salinan dengan setiap satu salinan mengandungi dua keping DVD-R pada esok hari. Saya menyerahkan semula salinan yang telah dibuat kepada Tuan Zul, di pejabatnya, di IPD, Ipoh,” katanya.

Beliau turut mengecam ASP Zulkarnain yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Turus Siasatan Khas D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, ketika diminta untuk berbuat demikian oleh Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab Perbicaraan di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin bersambung pada 19 Ogos. – BERNAMA

Tags: Nizar Jamaluddinsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd