KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap delegasi Majlis Olimpik Asia (OCA) hari ini.
Delegasi tersebut diketuai oleh Presiden OCA, Sheikh Joaan Hamad Al Thani yang juga merupakan adik kepada Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani.
Turut hadir dalam sesi mengadap itu ialah Ketua Pengarah OCA, Husain Al-Musallam; Pengarah Pejabat Presiden OCA, Sheikh Faisal bin Ahmed Al-Thani; serta Duta Besar Qatar ke Malaysia, Salah Mohammed Al-Sorour.
Ramai pihak berpandangan pertemuan itu sebagai satu perkembangan penting dalam memperkukuh hubungan antara Malaysia dan komuniti sukan Asia.
Khususnya dalam kerjasama strategik melibatkan pembangunan sukan serta penganjuran acara bertaraf antarabangsa. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial HRH Crown Prince of Johor


