• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

oleh Mynewshub
19/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera, Norman Daud mempertahankan kenyataan Perdana Menteri bahawa 85 peratus rakyat tidak terkesan dengan kenaikan harga diesel.

Katanya, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri sebenarnya cuba bermain naratif yang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pandai buat kerja.

“Beliau minta PMX (Anwar) bentangkan data untuk kesahihan. Tak payah PMX bentang… rasanya ramai rakyat Malaysia yang boleh terangkan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Norman mendakwa, sebanyak 85 peratus rakyat tidak terkesan merujuk kepada kelompok pengguna petrol serta kelompok pengguna diesel yang telah ‘dineutralkan’ impak kenaikan melalui bantuan tunai dan ‘Fleet Card’.

Kata beliau, terdapat 38.7 juta kemderaan di Malaysia dan daripada jumlah itu, majoriti rakyat Malaysia iaitu sekitar 85 hingga 90 peratus adalah pengguna kenderaan petrol RON95.

Menurut beliau, kelompok besar itu tidak terkesan secara langsung apabila harga diesel diapungkan kerana mereka tidak menggunakan bahan api tersebut untuk mobiliti harian, sebaliknya membayar RM1.99 untuk RON95.

“Seterusnya, kita lihat pula kepada populasi pengguna diesel itu sendiri. Di Semenanjung Malaysia terdapat sekitar 1.2 juta kenderaan diesel.

“Namun kerajaan tidak membiarkan kesemua mereka terbeban. Melalui mekanisme Budi Madani dan SKDS, kerajaan telah menstrukturkan bantuan,” katanya.

Ujar beliau, kumpulan yang benar-benar terkesan secara langsung tanpa perlindungan hanyalah sekitar 15 peratus.

Kata beliau, ia terdiri daripada pemilik kenderaan diesel mewah, individu berpendapatan tinggi melebihi had RM100,000 setahun serta syarikat komersial yang tidak termasuk dalam 33 kategori pengangkutan barangan kritikal.

Justeru, kata beliau, data yang dibentangkan oleh kerajaan bukan rekaan, tetapi hasil saringan daripada pangkalan data JPJ, LHDN dan pendaftaran sistem BUDI MADANI. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Norman Daud

Tags: 85 peratusDatuk Seri Anwar Ibrahimharga dieselkenaikanKetua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang BeraNorman DaudPerdana MenteriRakyatTidak terkesan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukti PMX Tidak Amal Politik Dendam,  Tidak Pernah Menzalimi Kelantan – Wan Mahussin

Bukti PMX Tidak Amal Politik Dendam, Tidak Pernah Menzalimi Kelantan – Wan Mahussin

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran Perdana Menteri di Kelantan semalam menunjukkan hubungan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan,...

MB Kelantan Muat Naik Ucapan “Terima Kasih YAB Perdana Menteri”, Hargai Peruntukan RM20 Juta

MB Kelantan Muat Naik Ucapan “Terima Kasih YAB Perdana Menteri”, Hargai Peruntukan RM20 Juta

19/04/2026
0

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menghargai pengumuman peruntukan berjumlah RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan untuk Kelantan oleh Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd