KUALA LUMPUR – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) perlu menjadi barisan hadapan mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani.
Ketua Pengarah baharu J-KOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, untuk tujuan itu beliau akan membuat rombakan besar terhadap budaya kerja J-KOM.
“Saya nak rombak habis budaya kerja lama, J-KOM kena jadi ‘fighter’ utama menyerang dan saf depan pertahankan PMX dan Kerajaan Madani.
“Semua Deep State dan tali barut dalam J-KOM telah diberikan amaran terkeras,” katanya menerusi beberapa hantaran di media sosial.
Selain itu, Mohd Hisyamuddin menegaskan, J-KOM akan mula ‘menyerang’ termasuk membuat laporan polis terhadap pihak yang memfitnah Kerajaan Madani.
“Kita mulakan dengan report polis pada semua kaki fitnah pimpinan kerajaan dulu pagi ini di IPD Putrajaya. Kutip terus!
“Tahun ini kita akan pastikan semua akauan media sosial kena guna EKYC, kad pengenalan nombor phone. Tiada ruang dah akaun palsu,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Syam Ghaz


