• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 15 Peratus Rakyat Terkesan Kenaikan Harga Diesel, “Saya Buat Kajian Semalam” – PM Anwar

oleh Mynewshub
18/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hanya 15 Peratus Rakyat Terkesan Kenaikan Harga Diesel, “Saya Buat Kajian Semalam” – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kenaikan harga diesel memberi kesan kepada sebahagian rakyat, namun mendakwa majoriti pengguna di negara ini masih menikmati harga bersubsidi.

Menurut beliau, hasil kajiannya semalam mendapati hanya sekitar 15 peratus rakyat menggunakan diesel pada harga pasaran, manakala 85 peratus lagi masih mendapat manfaat daripada subsidi kerajaan.

Justeru, beliau melahirkan kekesalan apabila isu yang sering diketengahkan adalah kesan terhadap kumpulan kecil tersebut, sedangkan manfaat kepada majoriti rakyat kurang diberi perhatian.

“Orang bangkitkan harga minyak diesel yang tinggi. Saya buat kajian semalam, kenaikan harga diesel itu memang ada kesan. Kepada siapa? 15 peratus rakyat. Sebanyak 85 peratus rakyat itu tidak menggunakan diesel pada harga pasaran, tetapi harga subsidi.

“Tapi, al-maklum yang dihebahkan adalah yang 15 peratus, manakala yang 85 peratus itu tidak disebut sama sekali,” katanya pada Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan kerajaan sedang meneliti langkah tambahan bagi mengurangkan beban rakyat, termasuk memberikan pengecualian kepada sektor tertentu.

Katanya, perkara itu turut dibincangkan bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke melibatkan sektor pengangkutan strategik seperti bas sekolah dan beberapa kategori lori.

“Dalam beberapa bidang pengangkutan, kita kecualikan bas sekolah dan beberapa lori strategik. Banyak yang telah dikecualikan,” jelasnya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa golongan nelayan terkesan secara langsung dengan harga diesel pasaran, kerana kumpulan itu masih menikmati bahan api pada kadar subsidi.

“Ada yang saya lihat marah kerana mengatakan nelayan terkesan, sedangkan nelayan menggunakan harga diesel subsidi, bukan harga pasaran. Jadi, jangan beri contoh begitu seperti yang diviralkan,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar tidak menafikan kenaikan harga bahan api tetap memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhan dan kerajaan sedang giat mengadakan rundingan harian bagi mencari jalan penyelesaian.

“Apakah saya hendak nafikan bahawa masalah minyak itu memberi kesan dan menimbulkan masalah kepada rakyat? Saya tidak nafikan, memang berlaku.

“Apakah perlu ada beberapa langkah lain yang kerajaan harus fikirkan untuk meringankan beban? Jawapan saya, ya. Ada rundingan setiap hari untuk mencari jalan meringankan dan meredakan keadaan.

“Mudah-mudahan langkah-langkah ini dapat mengurangkan kesan buat sementara waktu, walaupun perkembangan ekonomi dunia dan perdagangan tidak mampu kita selesaikan sepenuhnya,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Video/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: 15 peratusDatuk Seri Anwar Ibrahimharga dieselPenggunaanPerdana MenteriRakyatsubsidiTerkesan
Share207Tweet129SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Angkat Martabat Rakyat Kelantan – PM Anwar

Kerajaan Madani Angkat Martabat Rakyat Kelantan – PM Anwar

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan Madani untuk terus mengangkat martabat serta kebajikan rakyat...

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera, Norman Daud mempertahankan kenyataan Perdana Menteri bahawa 85 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd