• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengadil Antarabangsa Dedah Gol Kedua Al-Ahli Tidak Sah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Bekas Pengadil Antarabangsa Dedah Gol Kedua Al-Ahli Tidak Sah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan pengadil mengesahkan gol kedua Al-Ahli Saudi FC menjadi perdebatan hangat selepas penganalisis pengadilan Al Jazeera, Saad Al-Kathiri menyifatkannya sebagai satu kesilapan jelas.

Menurut bekas pengadil antarabangsa itu, jaringan pada minit ke-56 tidak sepatutnya dikira kerana berlaku kekasaran terlebih dahulu ke atas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT)

“Gol kedua Al-Ahli adalah keputusan yang salah. Terdapat terjahan berbahaya ke atas kaki pemain JDT sebelum jaringan dihasilkan. Pengadil video (VAR) sepatutnya memanggil pengadil untuk menilai semula insiden tersebut dan membatalkan gol,” katanya.

Semalam, perjuangan JDT dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku akhir selepas tewas 1-2 kepada juara bertahan itu dalam aksi sengit di Arab Saudi.

Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila membuka jaringan seawal minit ke-19 hasil gol sendiri pemain lawan, Ali Majrashi, sekali gus memberikan kelebihan awal kepada wakil negara.

Bagaimanapun, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama untuk menjadikan keputusan 1-1 ketika rehat.

Memasuki babak kedua, Al-Ahli memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menjaringkan gol kemenangan jaringan yang kini menjadi pertikaian.

Walaupun tersingkir, JDT tetap mempamerkan aksi kompetitif dan memberi tentangan hebat kepada juara bertahan, sekali gus mencerminkan peningkatan prestasi kelab Malaysia di pentas Asia. – MYNEWSHUB

Tags: Al-Ahlibekas pengadil antarabangsaGol keduaJDTSaad Al-KathiriTidak Sah
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

JDT Terus Cipta Rekod Dunia, 114 Perlawanan Liga Tanpa Kalah

JDT Terus Cipta Rekod Dunia, 114 Perlawanan Liga Tanpa Kalah

19/10/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mencipta sejarah bola sepak apabila mencatat rekod luar biasa 114 perlawanan liga...

JDT Terus Kekalkan Penguasaan Liga Super, Kukuh Di Puncak Carta

JDT Terus Kekalkan Penguasaan Liga Super, Kukuh Di Puncak Carta

19/10/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengekalkan penguasaan dalam saingan Liga Super 2026/27 apabila kekal unggul di tangga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd