• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

oleh Mynewshub
18/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan bahan api diesel kepada Filipina.

MCMC dalam satu kenyataan media berkata, pihak berkuasa telah mengesahkan diesel tersebut milik syarikat perdagangan Vitol, dan bukan milik Petronas atau kerajaan.

“Individu tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan pada hari Jumaat (semalam),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MCMC, peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan turut disita bagi membantu siasatan lanjut.

Kata MCMC, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)

Jelas MCMC, akta itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau
penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

 

Tags: Bekalan dieselberita palsuFilipinaKertas SiasatanMCMCSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd