KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Syed Hamid Albar diterima kembali menyertai UMNO malam ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penerimaan semula itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini.
“YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin, Tan Sri Syed Hamid Albar bersama 6,252 bekas pimpinan dan Ahli di pelbagai peringkat diterima kembali ke Rumah Bangsa oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Rumah Bangsa adalah inisiatif penyatuan Melayu oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi termasuk membawa masuk semula bekas pemimpin dan ahli UMNO yang dipecat atau digantung keahlian sebelum ini.
Ia juga didakwa bertujuan menyatukan orang Melayu di luar UMNO termasuk dalam kalangan pemimpin dan ahli parti lain, namun seruan itu ditolak oleh PAS dengan alasan UMNO masih bersama DAP. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI


