• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tidak Akan Jual Minyak Negara Tanpa Pertimbangan Strategik Yang Teliti – PM Anwar

oleh Mynewshub
17/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Tidak Akan Jual Minyak Negara Tanpa Pertimbangan Strategik Yang Teliti – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan sewenang-wenangnya menjual minyak negara tanpa pertimbangan strategik yang teliti.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan kerajaan adalah memenuhi keperluan rakyat.

“Saya beri jaminan bahawa sumber negara akan diurus dengan berhemah demi manfaat bersama serta menjamin kestabilan bekalan jangka panjang,” katanya dalam satu hantaran di media sosial malam ini.

Terdahulu, siang tadi beliau ketika ditemui pemberita menafikan dakwaan kerajaan menjual bekalan minyak kepada Australia ketika dunia sedang berdepan isu ketidaktentuan bekalan

Dalam hantaran berasingan, Anwar menegaskan, lawatan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese ke Malaysia berlangsung tatkala dunia berdepan ketidaktentuan yang kian meruncing.dengan krisis tenaga mula merebak menjadi krisis bekalan.

Menurut beliau, dalam keadaan itu, Malaysia bertindak memperkukuh kerjasama dengan negara sahabat bagi memastikan kestabilan bekalan negara terus terjamin.

“Dalam semangat saling percaya dan hormat, Malaysia dan Australia mencapai persefahaman penting bagi menjamin kelangsungan jangka panjang bekalan bahan mentah kedua-dua negara dengan keutamaan kekal pada keperluan domestik tanpa berkompromi terhadap kepentingan rakyat.

“Insya-Allah, inilah ikhtiar kita bersama dalam mendepani krisis yang semakin mencabar,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

 

 

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimjualMinyak negaraPerdana Menteristrategik
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd