• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Ustaz Kazim Elias Kecewa Tohmahan Dan Ucapan Tak Sepatutnya

oleh Mynewshub
16/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Abang Ustaz Kazim Elias Kecewa Tohmahan Dan Ucapan Tak Sepatutnya
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias dilaporkan stabil dan menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Menurut abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias, beliau sempat menziarahi Ustaz Kazim dan diberikan taklimat oleh pegawai perubatan mengenai tahap kesihatan terkini pendakwah itu.

“Doktor memaklumkan keadaan beliau kini stabil dan beransur pulih, namun masih lemah serta memerlukan rehat berterusan.

“Dijangka beliau akan berada di ICU sehari dua lagi sebelum dipindahkan ke wad sekiranya keadaan terus bertambah baik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut turut mendapati terdapat beberapa isu lain berkaitan jantung yang memerlukan rawatan susulan selepas ini.

Dalam perkembangan sama, Ustaz Kazim dilaporkan sudah mula boleh bercakap walaupun suaranya masih tersekat-sekat, selain meminta sedikit makanan untuk sarapan pagi.

Bagaimanapun, semua pelawat masih tidak dibenarkan buat masa ini bagi memberi ruang kepada beliau berehat sepenuhnya.

Mohd Najmuddin turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang menyebarkan pelbagai tohmahan serta kandungan tidak wajar di media sosial termasuk penggunaan imej kecerdasan buatan (AI) yang mengelirukan.

“Saya berasa agak kecewa ada kalangan nitizen membuat berbagai tohmahan dan ucapan yang tak sepatutnya seperti guna gambar AI untuk edit keadaan beliau ketika ini.

“Sebarang perkembangan hanya boleh dirujuk kepada keluarga terdekat… tidak mudah terima bulat bulat di media sosial,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Mohd Najmuddin Elias

Tags: AIDatuk Mohd Najmuddin EliasDatuk Ustaz Kazim EliasgambarICUTohmahanucapan
Share220Tweet137SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Ulang Tahun Keputeraan Buat Tunku Abu Bakar Ibrahim

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Ulang Tahun Keputeraan Buat Tunku Abu Bakar Ibrahim

16/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan selamat sempena ulang tahun keputeraan Tunku Abu Bakar Ibrahim....

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Lahir Buat Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Hari Lahir Buat Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

15/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri baginda, Che’ Puan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd