• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

oleh Mynewshub
15/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16 hingga 22 April 2026.

Selaras dengan mekanisme Automatic Pricing Mechanism (APM), harga diesel diturunkan sebanyak 75 sen kepada RM5.97 seliter, manakala petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 25 sen.

Harga baharu menyaksikan RON97 dijual pada RM5.10 seliter, RON95 pada RM4.02 seliter, sementara diesel di Semenanjung Malaysia kini RM5.97 seliter.

Menurut kementerian itu, penurunan harga berkenaan adalah sejajar dengan perkembangan harga pasaran minyak global, walaupun ketidaktentuan geopolitik masih memberi tekanan kepada rantaian bekalan tenaga.

Dalam masa sama, kerajaan mengekalkan harga bersubsidi bagi kumpulan sasaran, termasuk RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter, serta pelaksanaan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Bagi meringankan beban rakyat, bantuan tunai tambahan BUDI Diesel turut ditingkatkan kepada RM400 sebulan bagi April 2026, memanfaatkan kira-kira 350,000 penerima.

Kata Kementerian Kewangan, ia merupakan kenaikan kali kedua selepas bantuan tersebut dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 sebelum ini.

Selain itu, kadar Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) bagi musim penanaman 2026 turut dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar, melibatkan hampir 200,000 pesawah di seluruh negara.

Secara keseluruhan, kerajaan dianggarkan menanggung sekitar RM7 bilion sebulan bagi subsidi bahan api pada harga semasa, dengan subsidi RON95 meningkat ketara kepada sekitar RM4 bilion sebulan, manakala diesel mencecah kira-kira RM3 bilion sebulan.

Kerajaan menegaskan akan terus memantau perkembangan global dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil serta kebajikan rakyat terus terpelihara. – MYNEWSHUB

Tags: DieselHarga minyak turunkementerian kewanganPetrolTanpa Subsidi
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Sebar Berita Palsu Kerajaan Hantar Diesel Ke Filipina Dosa Jariah

Sebar Berita Palsu Kerajaan Hantar Diesel Ke Filipina Dosa Jariah

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perbuatan menyebarkan berita palsu kerajaan menghantar 329,000 tong diesel ke Filipina walaupun dengan meletakkan tanda soal adalah...

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd