• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luis Garcia Dedah Kejayaan luar Biasa JDT

oleh Mynewshub
15/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Luis Garcia Dedah Kejayaan luar Biasa JDT
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia mendedahkan perkembangan luar biasa kelab itu sejak penstrukturan semula pada 2013 di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Ismail.

Dalam temu bual bersama The Guardian, Garcia berkata, JDT kini muncul sebagai kuasa dominan bola sepak Asia Tenggara dengan 12 kejuaraan liga, selain diiktiraf sebagai kelab nombor satu di rantau ini berdasarkan penilaian Opta.

Menurut beliau, kejayaan tersebut tidak hadir secara kebetulan, sebaliknya hasil kerja keras berterusan serta struktur profesional yang mantap.

“Masih banyak kerja perlu dilakukan untuk menyumbang kepada pelaksanaan visi kelab,” katanya.

Garcia turut menekankan pembangunan komuniti sebagai antara fokus utama JDT, termasuk menarik kehadiran penyokong ke stadium serta penglibatan melalui program sekolah dan hospital.

Menurut beliau, kehadiran penonton mencecah sekitar 13,000 bagi perlawanan liga dan meningkat sehingga 30,000 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia.

Beliau menjelaskan, antara kekuatan JDT adalah pendekatan profesional ala Eropah, khususnya dari segi intensiti latihan dan pengurusan skuad.

“Kami ada 37 pemain dan bermain sehingga 70 perlawanan setahun merangkumi liga, dua piala dan Liga Juara-Juara Asia. Secara praktikal, kami perlukan tiga pasukan untuk menampung intensiti tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, JDT memiliki struktur lengkap termasuk barisan kejurulatihan, analisis prestasi, kecergasan, taktikal serta digital, sekali gus menepis persepsi bahawa kelab di Malaysia tidak berada pada tahap profesional tinggi.

Dari segi taktikal, Garcia berkata, JDT konsisten menggunakan formasi 3-5-2 di bawah kendalian jurulatih Xisco Muñoz dengan sedikit penyesuaian dibuat dalam saingan peringkat lebih tinggi seperti Liga Juara-Juara Asia.

Dalam perkembangan semasa, beliau memaklumkan, JDT mencatat keputusan seri pada hujung minggu lalu, sekali gus menamatkan rekod kemenangan selepas 21 perlawanan Liga Super Liga Super Malaysia musim ini.

Namun, Harimau Selatan masih mengekalkan rekod tanpa kalah yang kini mencecah 105 perlawanan untuk mencatat rekod dunia.

Garcia berkata, sasaran utama musim ini adalah melakar sejarah lebih besar termasuk mara jauh dalam Liga Juara-Juara Asia serta mengekalkan dominasi domestik.

“Kami semakin hampir mencipta rekod dunia dan berharap dapat ke final piala sekali lagi. Cabaran terbesar kami tahun ini adalah Liga Juara-Juara Asia, dan kami berjaya melangkah lebih jauh – sesuatu yang pertama kali dicapai oleh kelab Malaysia,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan kepentingan meningkatkan tahap keseluruhan bola sepak negara, memandangkan Malaysia hanya mempunyai satu slot ke Liga Juara-Juara Asia.

“Semua pasukan perlu meningkat. Kami telah memenangi liga setiap tahun selama satu dekad, tetapi pembangunan keseluruhan liga juga penting,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Johor Darul Ta’zimKetua Pegawai Eksekutif JDTLuis Garcia
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Chelsea FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung sebelum ini telah...

Alhamdulillah, Allah Menentukan Segala-Galanya – Tunku Mahkota Ismail

Alhamdulillah, Allah Menentukan Segala-Galanya – Tunku Mahkota Ismail

01/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur atas kejayaan luar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd