• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen DAP Cadang Isytihar Darurat Tangguh PRN ‘Bodoh’ – Akmal Saleh

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Ahli Parlimen DAP Cadang Isytihar Darurat Tangguh PRN ‘Bodoh’ – Akmal Saleh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang didakwa mengesyorkan agar kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat untuk menangguhkan pilihan raya negeri (PRN)

Menurut Akmal, cadangan tersebut menunjukkan kegagalan pihak tertentu dalam mentadbir negara dengan baik, khususnya dalam menghadapi krisis ekonomi semasa.

Beliau menegaskan bahawa negara pernah berdepan krisis ekonomi ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), namun ketika itu tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan proses demokrasi.

“Dulu zaman BN menjadi kerajaan kita menghadapi krisis ekonomi juga, tiada pula nak isytihar darurat. Hari ini krisis ekonomi berlaku pada negara lain juga, tapi tiada juga nak isytihar darurat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Akmal turut menyifatkan cadangan oleh wakil rakyat DAP itu sebagai tanda kelemahan DAP dalam mentadbir negara.

“Bila MP DAP cadang nak isytihar darurat, maknanya kamu yang sebenarnya tiada kebolehan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini dengan baik,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar menilai kepimpinan semasa, malah menyatakan bahawa tindakan yang wajar adalah mengeluarkan Poay Tiong darioada kerajaan melalui proses demokrasi.

“Maka yang perlu rakyat isytihar adalah humban kamu dari menjadi kerajaan. Bodoh!,” katanya.

Terdahulu, beberapa media melaporkan Poay Tiong mencadangkan agar kerajaan negeri Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat sebagai langkah menangguhkan PRN. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

 

Tags: ahli parlimen DAPBodohdaruratDatuk Dr Muhamad Akmal SalehKetua Pemuda UMNOkhoo poay tiongKota MelakaPRN
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

Ketua Pemuda UMNO Anggap Eric Lim Sian See Bangang Bodoh, Akan Buat Laporan Polis

Ketua Pemuda UMNO Anggap Eric Lim Sian See Bangang Bodoh, Akan Buat Laporan Polis

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO mengecam Eric Lim Sian See yang didakwa mempermainkan ayat al-Quran menerusi satu hantaran di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd