• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

oleh Mynewshub
15/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg Baru Permatang Badak menghala ke jalan bypass yang terletak berhadapan dengan Pusat Khidmat Parlimen Paya Besar di sini.

Perkara itu disuarakan menerusi satu surat terbuka ditujukan kepada Ahli Parlimen Paya Besar merangkap Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd. Shahar Abdullah yang dimuat naik di akaun media sosial Firdaus Ismail.

“Laluan ini sering kali berlaku kemalangan melibatkan kenderaan yang terjunam ke dalam tali air/parit di tepi jalan. Terbaru, satu lagi insiden berlaku baru-baru ini yang melibatkan sebuah kereta terjunam ke dalam parit, mengakibatkan kecederaan ringan kepada penumpang.

“Sebelum ini juga, kejadian hampir sama melibatkan penunggang motosikal telah berlaku di lokasi yang sama. Keadaan ini bukanlah kes terpencil, tetapi merupakan isu berulang yang telah menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan penduduk setempat,” katanya.

Firdaus berkata, beliau difahamkan perkara itu telah dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching dalam sidang DUN dan berada dalam pengetahuan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini masih belum kelihatan tindakan yang benar-benar responsif dan segera daripada pihak berautoriti untuk mengatasi masalah ini.

Kata beliau, laluan tersebut mempunyai selekoh yang berbahaya khususnya pada waktu malam apabila pencahayaan yang kurang menyebabkan pengguna jalan raya sukar melihat susur jalan dengan jelas.

“Ini meningkatkan lagi risiko kemalangan, terutama kepada pengguna luar yang tidak biasa dengan keadaan jalan di kawasan ini.

“Lebih membimbangkan, kerja-kerja penggalian tali air yang dilakukan setiap hujung tahun bagi tujuan penyelenggaraan dan pencegahan banjir telah menyebabkan tebing parit semakin hampir dengan jalan,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan termasuk pemasangan penghadang keselamatan (guardrail), penambahan lampu jalan, pemasangan papan tanda amaran yang lebih jelas serta penilaian semula struktur tebing parit di kawasan tersebut. – MYNEWSHUB

Tags: Ahli ParlimenDatuk Shahar AbdullahJalan RayakeselamatanKuantanPaya Besarpenduduksurat terbuka
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Ahmad Fadhli Dakwa Peruntukan Ahli Parlimen Kerajaan RM3.8 Juta

Ahmad Fadhli Dakwa Peruntukan Ahli Parlimen Kerajaan RM3.8 Juta

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu hantaran di muat naik di media sosial oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari hari...

‘Anwar Sendiri PMX Jangan Main Politik’ – Shahidan

‘Anwar Sendiri PMX Jangan Main Politik’ – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tiada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd