• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Bukan Parti Biasa, Komitmen Berdasarkan Doa Nabi Syuaib – Anwar

oleh Mynewshub
14/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PKR Bukan Parti Biasa, Komitmen Berdasarkan Doa Nabi Syuaib – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa PKR bukan sebuah parti politik biasa, sebaliknya berteraskan perjuangan reformasi sejak penubuhannya.

Berucap pada mini konvensyen PKR Terengganu semalam, beliau berkata prinsip reformasi yang menjadi asas parti itu telah digariskan sejak Pengisytiharan Permatang Pauh 1998 dan terus kekal relevan sehingga hari ini.

Menurut Anwar, komitmen perjuangan PKR adalah untuk membawa perubahan ke arah kebaikan, meskipun mengakui ia bukan penyelesaian kepada semua masalah negara.

“Kita ni bukan parti politik biasa. Banyak orang bilang, sebagai parti politik — tidak. Kita ni parti, terasnya apa? Reformasi.

“Dan dalam Pengisytiharan Permatang Pauh 1998, apa yang kita sebut? Kita sebut terasnya itu. Makna komitmen kita berdasarkan doa Nabi Allah Syuaib S.A.W, sedaya upaya bawa perubahan, perubahan ke arah kebaikan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mempertahankan prestasi kerajaan campuran di bawah gagasan Kerajaan Madani yang menurutnya telah menunjukkan kestabilan sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran.

Anwar mendakwa beberapa petunjuk ekonomi negara menunjukkan perkembangan positif, termasuk peningkatan pertumbuhan ekonomi, penurunan kadar pengangguran serta pencapaian pelaburan yang disifatkan antara tertinggi dalam sejarah.

Beliau juga menyatakan bahawa kedudukan mata wang negara semakin mengukuh dan berada antara yang terbaik di rantau Asia ketika ini.

“Apalagi ini suatu kerajaan campuran. Kerajaan Madani ini kita mewakili satu sosok. Tapi sudah lihat sekurang-kurangnya tiga tahun lebih ini, kerajaan ini stabil.

“Ekonomi memuncak naik, pengangguran turun, pelaburan tertinggi dalam sejarah. Kekuatan ringgit terbaik di Asia. Itu kenyataannya. Jadi dengar,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimdoaKomitmenNabi Allah Syuaib S.A.Wpartiparti keadilan rakyatPerdana MenteriPKRpresiden
Share214Tweet134SendShare

Related Posts

Krematorium Hindu RM1.5 Juta di Seberang Perai, Guan Eng Ucap Terima Kasih Pada PMX

Krematorium Hindu RM1.5 Juta di Seberang Perai, Guan Eng Ucap Terima Kasih Pada PMX

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Krematorium penganut Hindu atau rumah bakar mayat akan dibina dengan kos RM1.5 juta di Jalan Siram, Butterworth,...

‘Merengek Kat luar’, Jadi Pencacai Lindungi Tun, Tan Sri Perasuah – PM Anwar

‘Merengek Kat luar’, Jadi Pencacai Lindungi Tun, Tan Sri Perasuah – PM Anwar

14/04/2026
0

KUALA TERENGGANU — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak tertentu yang 'merengek di luar' apabila tindakan tegas diambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd