• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,668 Pengguna Telekomunikasi Kuala Pilah Terjejas, ‘Radio Transport System’ Kena Curi

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
1,668 Pengguna Telekomunikasi Kuala Pilah Terjejas, ‘Radio Transport System’ Kena Curi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 1,668 pengguna perkhidmatan telekomunikasi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan terjejas berikutan aktiviti vandalisme dan kecurian ke atas sebuah menara komunikasi milik CelcomDigi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab di menara komunikasi CelcomDigi di Bukit Pilah turut menjejaskan 13 menara komunikasi lain.

“MCMC telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi terjejas bersama pihak CelcomDigi dan mendapati beberapa peralatan komunikasi termasuk peralatan seperti Radio Transport System (RTS) dan Baseband Unit
(BBU) telah dicuri.

“Kejadian ini mengakibatkan gangguan perkhidmatan di kawasan berhampiran serta menjejaskan operasi menara komunikasi lain,” kata kenyataan itu.

MCMC berkata, CelcomDigi telah melaksanakan kerja-kerja pemulihan dengan mengaktifkan semula menara komunikasi yang terjejas secara berperingkat.

Menurut MCMC, kesemua 14 menara
komunikasi terlibat telah kembali beroperasi dan menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

“Orang awam diseru untuk memainkan peranan dengan melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau mana-mana pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di sekitar menara komunikasi.

“MCMC tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang menjejaskan infrastruktur komunikasi. Perbuatan vandalisme terhadap kemudahan telekomunikasi adalah kesalahan serius di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998.

“Memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

 

Tags: Bukit PilahCelcomDigikecurianKuala PilahMCMCmenarapenggunasyarikat telekomunikasivandalisme
Share210Tweet131SendShare

Related Posts

KTMB Sahkan Tingkap Tren Komuter Utara Pecah Akibat Perbuatan Vandalisme

KTMB Sahkan Tingkap Tren Komuter Utara Pecah Akibat Perbuatan Vandalisme

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan insiden cermin tingkap tren KTM Komuter Utara pecah yang tular di...

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

30/10/2026
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penghakiman terus terhadap MajuBina Resources Sdn. Bhd. dan memerintahkan syarikat itu membayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd