• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dakwa Terkunci Dalam Kedai DIY, Lampu Dipadam Tanpa Amaran

oleh Mynewshub
14/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Wanita Dakwa Terkunci Dalam Kedai DIY, Lampu Dipadam Tanpa Amaran
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR _ Seorang wanita mendakwa dirinya terkunci di dalam sebuah premis kedai barangan DIY selepas lampu ditutup dan pintu dikunci tanpa sebarang pemberitahuan kepada pelanggan.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita tersebut memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 9.45 malam ketika dia masih berada di dalam premis berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan cawangan DIY yang mana terlibat dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, kakitangan premis bertindak menutup lampu serta mengunci pintu tanpa terlebih dahulu memastikan sama ada masih terdapat pelanggan di dalam kedai.

“Tanpa sebarang notis, terus tutup lampu dan kunci pintu. Sekurang-kurangnya periksa dulu ada pelanggan atau tidak,” katanya dalam hantaran tersebut.

Wanita itu berkata, dia terpaksa menghubungi suaminya bagi memaklumkan keadaan berkenaan sebelum suaminya datang ke lokasi untuk meminta kakitangan membuka pintu.

Namun, dia mendakwa kakitangan yang datang tidak memberikan sebarang permohonan maaf atas insiden tersebut.

Tambahnya lagi, situasi berkenaan boleh menjadi lebih buruk sekiranya dia tidak membawa telefon bimbit atau berada bersama kanak-kanak.

“Bayangkan kalau saya tak bawa telefon atau dengan anak-anak, kena tunggu sampai esok baru boleh keluar,” katanya.

Difahamkan, wanita tersebut telah menghantar aduan rasmi kepada pihak pengurusan ibu pejabat (HQ) bagi tindakan lanjut.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak premis berhubung dakwaan berkenaan.-MYNEWSHUB

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/zulainnnn_video_1776126986693.mp4
Tags: perempuan
Share211Tweet132SendShare

Related Posts

32.66 Juta Penduduk Malaysia, Lelaki Melebihi Perempuan

15/05/2019
0

PUTRAJAYA - Penduduk di Malaysia yang dicatatkan pada suku tahun pertama 2019 dianggarkan berjumlah 32.66 juta, dengan penduduk lelaki melebihi...

Janda Tawar Diri Minta Dirogol 10 Lelaki

07/03/2018
0

SABAN hari, semakin banyak rakaman video yang tersebar menyaksikan seseorang individu itu melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal hanya untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd