• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Berhak Tahu Kebenaran, Bukan Terperangkap Fitnah Pembangkang – PM Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Berhak Tahu Kebenaran, Bukan Terperangkap Fitnah Pembangkang – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pimpinan dan anggota parti itu di setiap cabang memperkukuhkan organisasi.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, PKR perlu memperhebatkan gerak kerja dan turun menyantuni rakyat dengan penjelasan yang jelas mengenai dasar Kerajaan Madani.

“Mereka (rakyat) berhak mengetahui kebenaran, bukan terperangkap dalam fitnah dan dakyah mengelirukan oleh pembangkang,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama pimpinan dan anggota PKR Terengganu semalam.

Kata beliau, ia menjadi ruang penting untuk menilai perjalanan perjuangan parti yang berakar daripada semangat reformasi, kekal utuh dalam membela nasib rakyat khususnya golongan miskin dan terpinggir.

Menurut beliau, sejarah telah membuktikan kemampuan PKR dan kekuatan itu perlu dirangkul semula dengan memastikan setiap kawasan di Terengganu dijaga rapi serta diberi perhatian sewajarnya.

Ujar beliau, PKR Terengganu tidak harus tunduk kepada politik sempit yang menolak fakta dan mengangkat sentimen kosong.

Tegas beliau, PKR mesti tampil sebagai suara harapan, mengangkat nilai ihsan dan menawarkan penyelesaian nyata demi masa depan rakyat Terengganu dan negara.

“Insya-Allah, dengan tekad yang jitu, kesatuan yang utuh dan gerak kerja yang berdisiplin, PKR akan kembali menjadi suara yang membela dan memperjuangkan nasib rakyat negeri Terengganu,” katanya – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahimfitnahparti keadilan rakyatpembangkangPerdana MenteriPKRpresiden
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd