• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

oleh Mynewshub
13/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Memetik laporan media, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyatakan demikian ketika ditemui pemberita pada satu majlis di ibu negara.

Menurut Anthony Loke, undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mendakwa kesalahan serius dan pesalah masih boleh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika bersesuaian.

Tambah beliau, hukuman mati mandatori juga sudah dimansuhkan, maka hukuman mati bagi kes memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah bukan sesuatu yang sedang dipertimbangkan.

Bagaimanapun, Anthony Loke memaklumkan kerajaan memang sedang merancang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pindaan itu namun memberi tumpuan kepada pengukuhan sokongan kepada keluarga mangsa termasuk mewajibkan pesalah membayar pampasan.

“Jika didapati salah, selain penjara dan denda, mereka juga akan bertanggungjawab membayar pampasan kepada keluarga mangsa,” katanya

Anthony Loke sebelum ini menziarahi isteri kepada arwah Amirul Hafiz Omar yang maut dalam kemalangan tragis dipercayai melibatkan pemandu mabuk dan di bawah pengaruh dadah.

Beliau menyampaikan sumbangan kewangan secara peribadi dengan harapan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga.

Menteri Pengangkutan itu namun mengakui tiada nilai wang ringgit yang mampu menggantikan kehilangan insan tersayang. – MYNEWSHUB

Sumber Foto: Akaun Media Sosial Anthony Loke Siew Fook

 

Tags: AktaAnthony Lokehukuman matiMenteri Pengangkutanpemandu mabuk
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

Kerajaan Madani Warisi Projek LRT3 Dalam Keadaan Hutang Negara Tinggi – Anthony Loke

Kerajaan Madani Warisi Projek LRT3 Dalam Keadaan Hutang Negara Tinggi – Anthony Loke

29/06/2026
0

SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau dan rakyat melahirkan rasa syukur LRT3 Laluan Shah Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd