• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos petrol susulan ketidaktentuan harga bahan api global.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, orang ramai boleh melaksanakan urusan berkaitan JPJ tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ dengan menggunakan kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan.

“JPJ mengambil maklum akan situasi global semasa berkaitan bekalan dan harga pasaran petroleum susulan ketegangan yang berlaku di Timur Tengah. Konflik yang berlarutan melebihi sebulan ini telah memberi tekanan kepada pasaran global sekali gus menyebabkan peningkatan
ketara harga minyak mentah dunia dan memberi kesan langsung kepada
harga petroleum di Malaysia.

“Menyedari impak kenaikan ini kepada kos sara hidup, JPJ menyeru orang ramai agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan bagi melaksanakan urusan berkaitan tanpa perlu hadir ke kaunter,” katanya dalam satu kenyataan.

Aedy Fadly berkata, pendekatan ‘urusan di hujung jari’ itu bukan sahaja memudahkan pelanggan, malah merupakan langkah praktikal yang dapat membantu rakyat menjimatkan kos petrol, mengurangkan masa perjalanan serta mengelakkan kesesakan di pejabat JPJ.

Menurut beliau, sebanyak 33 jenis urus niaga boleh dilaksanakan
melalui Portal Rasmi JPJ www.jpj.gov.my, manakala 16 jenis urus niaga lagi boleh diakses menerusi aplikasi MyJPJ.

“Orang ramai digalakkan untuk menggunakan platform ini bagi urusan yang tidak memerlukan kehadiran fizikal. Usaha ini turut menyokong inisiatif penjimatan penggunaan bahan api dalam kalangan rakyat.

“Pendekatan ini bukan sahaja menyokong agenda penjimatan tenaga negara, malah memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih pantas, mudah dan mesra rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Jabatan Pengangkutan JalanJimat petrolJPJPerkhidmatan DigitalTidak perlu ke Kaunter
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

11/10/2026
0

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus...

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd