• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bukan Pesawah Saja Terbeban, Kerajaan Turut Tanggung Tekanan Besar’ – Mohamad Sabu

oleh Mynewshub
11/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Bukan Pesawah Saja Terbeban, Kerajaan Turut Tanggung Tekanan Besar’ – Mohamad Sabu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bukan hanya pesawah yang berdepan bebanan, malah kerajaan turut menanggung tekanan besar susulan peningkatan harga minyak global ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, lonjakan harga bahan api dunia memberi kesan meluas kepada pelbagai pihak termasuk golongan pesawah.

Namun, beliau menegaskan dakwaan bahawa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta kerajaan tidak mengambil berat nasib pesawah adalah tidak benar.

“Semua pihak perlu memahami bahawa bukan sektor padi sahaja memerlukan bantuan kerana banyak sektor lain turut terjejas.

“Kerajaan bukan hanya perlu melihat nasib kira-kira 200,000 pesawah, tetapi juga menjaga kebajikan lebih 30 juta rakyat Malaysia. Inilah dilema besar yang dihadapi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Menurut beliau, setiap kementerian telah menilai kesan awal krisis tenaga global terhadap kumpulan sasar masing-masing, dan hampir semuanya memerlukan intervensi serta tambahan peruntukan.

“Ibarat seorang ayah yang menerima aduan daripada anak-anak, sudah tentu perlu menilai kemampuan yang ada sebelum menentukan keutamaan bantuan.

“Jika ada yang sedikit lewat dibantu, bukan bermakna mereka dipinggirkan, sebaliknya kerajaan sedang mencari jalan menambah sumber kewangan.

“Sebab itu kita melihat kerajaan kini menyusun semula perbelanjaan dan mencari penjimatan agar dana dapat disalurkan kepada keperluan lebih mendesak,” jelasnya.

Tambah beliau, kenaikan harga bahan api turut memberi kesan langsung kepada kos pertanian.

“Apabila harga bahan api meningkat, kos pertanian turut naik termasuk baja, racun dan upah membajak. Hampir semua kos meningkat.

“Keadaan ini bukan sahaja membebankan pesawah, malah kerajaan juga menanggung tekanan yang besar.

“Dalam tempoh sebulan sahaja, subsidi bahan api meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM6 bilion, iaitu hampir sembilan kali ganda,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Sabu

 

Tags: Datuk Seri Mohamad SabuMenteri Pertanian dan Keterjaminan MakananPesawah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa beliau merupakan saksi kepada perjuangan Datuk Seri...

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd