• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Anwar Sendiri PMX Jangan Main Politik’ – Shahidan

oleh Mynewshub
10/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Anwar Sendiri PMX Jangan Main Politik’ – Shahidan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tiada pihak bermain politik ketika negara sedang berdepan konflik global.

Ulasan beliau adalah pembangkang tidak bermain politik, tetapi Anwar sendiri tidak boleh bermain politik termasuk dalam isu peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang.

“PMX (Anwar) kata sekarang ini negara tengah masalah. Pilihan raya tidak akan diadakan masa terdekat dan elak berpolitik. Sebaliknya beri perhatian kepada membela negara.

“Anwar sendiri PMX jangan main politik. Ini main politik,” dakwanya menerusi satu rakaman video.

Beliau seterusnya menyindir Ahli Parlimen pembangkang ibarat Ahli Parlimen ‘kelas kedua’ tidak diberi peruntukan, manakala Ahli Parlimen kerajaan “kelas pertama’ diberi peruntukan.

Bagaimanapun, kata beliau, pembangkang telah mengemukakan cadangan agar peruntukan kerajaan disalurkan secara terus kepada rakyat.

Dalam pada itu, Shahidan mendakwa sentimen tidak puas hati dalam kalangan rakyat semakin memuncak, malah ramai mendesak pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, berdasarkan maklum balas, rakyat dilihat marah dan hilang keyakinan sehingga ada yang menganggap semua kini cenderung menjadi pembangkang.

“Saya nak beritahu rakyat sekarang ini semua tak puas hati. Nak kira semua rakyat pembangkang? Saya (rasa) buat pilihan raya hari ini, esok ‘jalan’ Anwar.

Shahidan turut berkongsi pengalaman ketika berada di lapangan terbang, di mana beliau mendakwa didekati orang ramai yang bertanyakan mengenai tarikh pilihan raya.

“Rakyat tanya bila nak pilihan raya datuk? Nak ajar dia kata PMX (sebab) harga minyak. Kita jangan ajar,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau mendakwa rakyat mahu penjelasan yang lebih telus daripada Anwar berhubung isu semasa termasuk kos sara hidup seperti harga minyak.

“PMX kata kita jangan main politik, kita boleh bekerjasama dengan kerajaan dan kita simpati. Tapi PMX kena terang dengan ikhlas,” katanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Shahidan Kassim

Tags: Ahli ParlimenAhli Parlimen ArauDatuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Dr Shahidan KassimMain politikPerdana Menteriperuntukan
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Krematorium Hindu RM1.5 Juta di Seberang Perai, Guan Eng Ucap Terima Kasih Pada PMX

Krematorium Hindu RM1.5 Juta di Seberang Perai, Guan Eng Ucap Terima Kasih Pada PMX

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Krematorium penganut Hindu atau rumah bakar mayat akan dibina dengan kos RM1.5 juta di Jalan Siram, Butterworth,...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd