• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keprihatinan Anwar Harus Dinilai Secara Adil – Faiz Fadzil

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Keprihatinan Anwar Harus Dinilai Secara Adil – Faiz Fadzil
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keprihatinan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan harga minyak Malaysia masih murah berbanding negara serantau harus dinilai secara adil.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, Kerajaan Madani berusaha keras meneruskan disiplin fiskal dan pada masa yang sama mengekalkan subsidi untuk rakyat.

“Sejak tercetusnya krisis Asia Barat, Kerajaan Madani tidak mengapungkan sepenuhnya harga pam diesel, sebaliknya terus menyerap sebahagian kos sebenar pasaran selama lima minggu berturut-turut.

“Kesannya, harga minyak Malaysia masih murah berbanding harga di negara-negara serantau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhammad Faiz berkata, dakwaan bahawa harga minyak di Malaysia tidak menurun seperti di negara lain adalah tidak tepat.

Menurut beliau, harga minyak tempatan ditentukan berdasarkan purata harga minggu sebelumnya, justeru sebarang penurunan harga minyak dunia pada minggu ini akan turut dicerminkan dalam harga runcit pada minggu hadapan.

“Walaupun wujud sedikit sela masa dalam pelaksanaannya, rakyat tetap berpeluang menikmati manfaat daripada trend penurunan tersebut.

“Sistem Mekanisme Harga Automatik (APM), iaitu formula penetapan harga runcit bahan api, melindungi pengguna akhir dan operator stesen minyak daripada naik turun harga secara mendadak.

“Perkara ini gagal difahami kebanyakan ahli politik terutama daripada parti pembangkang,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimKeprihatinanMuhammad Faiz FadzilPerdana MenteriRakyatSetiausaha Agung Parti Amanah Negara
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Semakin banyak negara termasuk Britain, Jepun, Jerman, Sweden dan Norway menggesa rakyat masing-masing menyimpan bekalan makanan, air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd