• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perobohan Struktur Ibadat Perlu Berhemah, Elak Sensasi – Subash Chandrabose

oleh Mynewshub
10/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Perobohan Struktur Ibadat Perlu Berhemah, Elak Sensasi – Subash Chandrabose
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan penguatkuasaan terhadap struktur keagamaan yang didakwa dibina secara tidak sah perlu dilaksanakan dengan penuh kepekaan, tertib dan berhemah,

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Wilayah Persekutuan, Subash Chandrabose M. Arumugam berkata, prinsip kedaulatan undang-undang perlu dihormati, tetapi pelaksanaannya tidak boleh mengabaikan sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Menurutnya, sebarang pembinaan tanpa kebenaran di atas tanah bukan milik sendiri merupakan satu pelanggaran undang-undang dan tindakan oleh pihak berkuasa adalah tidak dapat dielakkan.

“Namun begitu, dalam masa yang sama, kita tidak boleh mengabaikan satu aspek yang sangat penting, iaitu cara dan pendekatan pelaksanaan tindakan tersebut.

“Perkara melibatkan rumah ibadat atau simbol kepercayaan bukan sekadar isu fizikal atau undang-undang. Ia menyentuh emosi, kepercayaan dan sensitiviti masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara bermaruah serta tidak disensasikan, khususnya melalui penyebaran rakaman video yang boleh mengundang salah faham.

Katanya, penyiaran visual perobohan walaupun bertujuan menunjukkan ketelusan, berpotensi memberi kesan emosi mendalam kepada penganut dan masyarakat berkaitan.

“Kita harus sedar bahawa dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, persepsi adalah sama penting dengan realiti. Sesuatu tindakan yang sah di sisi undang-undang boleh disalah tafsir jika tidak diurus dengan penuh kepekaan,” ujarnya.

Beliau turut menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan ketegangan serta mengutamakan pendekatan lebih berhemah dalam menangani isu sensitif.

Tambahnya, keharmonian negara perlu dipelihara melalui semangat saling menghormati, toleransi dan kefahaman antara masyarakat berbilang kaum dan agama. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial A. Subash Chandrabose

 

Tags: Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Wilayah PersekutuanPerobohanrumah ibadatSubash Chandrabose M. ArumugamTidak Sah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pemecatan EXCO Tidak Sah, Kekhilafan Dari Sudut Perundangan – MB Negeri Sembilan

Pemecatan EXCO Tidak Sah, Kekhilafan Dari Sudut Perundangan – MB Negeri Sembilan

21/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim memaklumkan tidak ada keperluan untuk beliau mengemukakan senarai EXCO baharu kerajaan...

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mempersoalkan mengapa wujud standard berganda (dwi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd