• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Comel, Berani!” – Titah Ucapan Raja Muda Johor Raih Perhatian Netizen

oleh Mynewshub
10/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Comel, Berani!” – Titah Ucapan Raja Muda Johor Raih Perhatian Netizen
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Rakaman video titah ucapan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail yang dimuat naik di laman media sosial milik Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mencuri perhatian ramai dengan pelbagai reaksi positif diterima daripada netizen.

Dalam rakaman tersebut, Tunku Iskandar dilihat menyampaikan titah dengan tenang, berani dan penuh keyakinan walaupun masih kecil sekali gus menarik perhatian orang ramai yang memuji kecomelan serta ketenangan baginda.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat kemunculan baginda serta mendengar suara Raja Muda Johor itu buat pertama kali, selain menyifatkan titah tersebut sebagai mencerminkan keberanian dan didikan yang baik.

Penggguna media sosial, Mohd Hafiz berkata, beliau teruja melihat kemunculan Tunku Iskandar dalam rakaman berkenaan dan menyifatkan baginda sebagai “comel” serta yakin ketika bertitah.

Stephen Christopher Gomez pula berkata, gaya penyampaian baginda mengingatkan beliau kepada figura keluarga diraja terdahulu, selain memuji ketenangan yang ditunjukkan.

“Bercakap seperti datuknya, Raja kita yang dikasihi. Hebat dan Allah peliharakan Sultan serta seluruh kerabat Diraja Johor. Daulat Tuanku,” katanya di ruangan komen.

Sementara itu, Syadat Mseran menyifatkan suara baginda sebagai comel dan menghiburkan serta mengaitkannya dengan watak filem klasik.

“Bijak dan Berani…terus teringat Belalang dalam filem P.Ramlee Nujum Pak Belalang,” kata Faizul Amir.

Noorila Salleh pula meluahkan rasa teruja kerana baginda tidak kelihatan gugup ketika bertitah.

Manakala, Casa Asmara Omar menyatakan rakaman video tersebut mempamerkan kewibawaan baginda yang sudah dapat terlihat walau masih kecil.

“Memang hebat dari kecil sudah nampak kewibawaanya. Cerdik,” katanya.

Ain El Djeena pula melahirkan rasa teruja kali pertama mendengar suara Raja Muda Johor itu dan turut menyifatkannya sebagai sangat comel.

Sementara itu, laman media sosial HRH Crown Prince of Johor memaklumkan, titah berkenaan disampaikan di Istana Besar, Johor Bahru pada 9 April 2026.

Titah itu sempena Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Mengadap Takzim serta Majlis Darjah dan Pingat sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor. – MYNEWSHUB

Tags: beranicomelNetzienpujianRaja Muda JohorTitah ucapanTunku Iskandar Tunku Ismail
Share225Tweet141SendShare

Related Posts

JDT Family Dinner Terima Pujian Netizen, Kukuhkan Hubungan Warga Pasukan

JDT Family Dinner Terima Pujian Netizen, Kukuhkan Hubungan Warga Pasukan

28/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Penganjuran majlis JDT Family Dinner yang dihadiri Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku...

Zahid Puji Sikap Profesional Kor Ming

19/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Timbalan Yang Dipertua, Ngar Kor Ming mendapat pujian Ketua Pembangkang, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd