• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NASA Dedah Imej Terkini Bulan Dari Misi Artemis II

Papar Gambar Permukaan Lebih Jelas

oleh Mynewshub
09/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
NASA Dedah Imej Terkini Bulan Dari Misi Artemis II
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agensi angkasa Amerika Syarikat, NASA sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi imej terbaharu permukaan Bulan yang dirakam kru misi Artemis II ketika melakukan lintasan berhampiran Bulan pada 6 April lalu.

Menerusi hantaran rasmi, NASA menyifatkan Bulan sebagai “jiran terdekat di angkasa” sambil memaparkan beberapa visual yang cukup mengagumkan, sekali gus memberi perspektif baharu terhadap struktur permukaannya.

Imej pertama memperlihatkan kawasan sempadan antara siang dan malam di Bulan atau dikenali sebagai “terminator”, di mana cahaya matahari pada sudut rendah menghasilkan bayang panjang yang dramatik.

Kesan itu menjadikan permukaan Bulan kelihatan lebih kasar dengan butiran kawah, rabung dan lembangan yang jelas.

Gambar kedua pula menunjukkan hampir keseluruhan permukaan Bulan memenuhi ruang visual, dengan sebahagian kawasan berada dalam kegelapan total.

Antara yang paling menonjol adalah Orientale Basin, salah satu kawah hentaman terbesar dan paling terpelihara.

Struktur cincin sepusatnya memberi petunjuk penting kepada saintis dalam memahami pembentukan kawah dan sejarah geologi Bulan.

Seterusnya, imej ketiga memfokuskan kepada kawah bertindih yang menunjukkan lapisan sejarah hentaman berbeza.

Kawah lebih muda, Vavilov Crater, dilihat memotong sempadan kawah lebih tua iaitu Hertzsprung Basin, sekali gus menggambarkan evolusi permukaan Bulan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, imej keempat memaparkan kawasan pinggir timur South Pole-Aitken Basin yang dipenuhi kawah dan sebahagiannya dilindungi bayang gelap.

Kawasan ini merupakan lembangan terbesar dan tertua di Bulan, menyimpan rekod sejarah geologi berbilion tahun.

Perkongsian itu bukan sahaja memukau dari sudut visual, malah membantu komuniti saintifik memperhalusi pemahaman tentang pembentukan planet dan objek angkasa.

Misi Artemis II merupakan langkah penting NASA dalam usaha membawa manusia kembali ke Bulan, sekali gus membuka laluan kepada penerokaan lebih jauh ke an

gkasa lepas. – MYNEWSHUB

Tags: Artemis IIbulanGambar JelasNASASATELIT
Share210Tweet131SendShare

Related Posts

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

25/12/2024
0

WASHINGTON: Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah semalam apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari....

Russia Bina Satelit Untuk Korea Utara

Russia Bina Satelit Untuk Korea Utara

13/09/2023
0

MOSCOW: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengumumkan akan menjadikan hubungan dua hala dengan Russia sebagai keutamaan nombor satu. Pengumuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd